'Kalau kerajaan saya tidak baik, saya lanyak saja' - Bung Moktar
Iklan
Bung Moktar Radin
KOTA KINABALU - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan beliau akan terus bersuara jika kerajaan gagal menyelesaikan masalah rakyat terutama di negeri ini.
Katanya, beliau tidak akan mengampu mana-mana menteri di peringkat Persekutuan walaupun berada di blok kerajaan sebaliknya hanya mahu menyelesaikan isu rakyat.
Iklan
Iklan
"Waktu di Parlimen, saya pun dalam kerajaan. Tetapi apabila kerajaan saya tidak baik, saya lanyak saja, saya tidak peduli.
"Saya pilih rakyat, menyelesaikan masalah rakyat daripada mengampu mana-mana menteri dalam Persekutuan. Itu bukan kerja saya, kerja saya menyelesaikan masalah rakyat sebab itu janji saya untuk menyertai politik," katanya dalam sesi perbahasan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini, pada Selasa.
Iklan
Dalam sesi perbahasan itu, Bung Moktar mendakwa kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak mempunyai komitmen yang serius untuk menangani isu air di Sabah.
"Pelajar-pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) sehingga buat demonstrasi tetapi seolah-olah kerajaan negeri melihat perkara ini tidak berlaku, saya tidak tahu apa dalam hati mereka.
Iklan
"Baru-baru ini laporan ketua audit negara menyatakan bahawa Sabah adalah negeri mempunyai liputan air terawat terendah di seluruh negara, pengurusan air tidak terhasil (NRW) menjangkau 61.5 peratus.
"Jadi saya mahu tahu apa yang dirancang oleh kerajaan GRS hari ini untuk memastikan masalah air dapat diatasi," katanya.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="RM17 juta untuk tanah, pampasan projek naik taraf jalan -Alexander"><meta itemprop="description" content="Sebanyak RM17 juta daripada keseluruhan kos RM70.6 juta bagi projek menaik taraf Jalan Lok Kawi-Sabindo diperuntukkan bagi pengambilan tanah dan bayaran pampasan kepada pemilik premis yang terjejas di sepanjang jajaran projek berkenaan, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, peruntukan itu melibatkan pampasan kepada 41 lot yang terkesan, termasuk struktur premis yang perlu diambil bagi membolehkan projek pelebaran jalan sepanjang 1.5 kilometer dilaksanakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/789730/edisi/sabah-sarawak/rm17-juta-untuk-tanah-pampasan-projek-naik-taraf-jalan--alexander
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #projeknaiktaraf #AlexanderNantaLinggi #menterikerjaraya"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-28T07:53:03.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/cxKTQ1gQ5_jmd6MBw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P107S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xastv8a"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xastv8a"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xastv8a"></script>