APMM tahan bot guna lesen tamat tempoh
Iklan
PORT DICKSON - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Melaka dan Negeri Sembilan hari ini menahan dua buah bot kerana menggunakan lesen tamat tempoh dan tidak memiliki lesen perairan.
Pengarahnya Kepten Maritim Haris Fadzillah Abdullah berkata, kedua-dua bot berkenaan ditahan di perairan Tanjung Tuan dan Teluk Kemang kira-kira jam 8.40 pagi dan 11 pagi tadi ketika operasi rondaan rutin dilakukan anggota APMM di sekitar perairan negeri ini.
Iklan
Iklan
"Ketika pemeriksaan dilakukan, pihak kami mendapati sebuah bot bersama tiga orang pemancing tanpa nombor pendaftaran dan lesen bot manakala sebuah bot lagi beroperasi dengan lesen yang telah tamat tempoh.
"Kru kedua-dua bot ditahan dan diiring masuk ke jeti Maritim Kuala Linggi untuk disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Ordinan Perkapalan Saudagar 1952,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Iklan
Beliau menasihatkan pemilik bot supaya memastikan lesen bot mereka telah diperbaharui sebelum ke laut supaya pihak berkuasa dapat membuat pemeriksaan keselamatan bagi mengelak berlakunya sebarang kemalangan.
"Pihak kami sedang meningkatkan operasi penguatkuasaan terhadap bot-bot penumpang dan bot pemancing bagi memastikan keselamatan orang awam diutamakan di perairan Melaka dan Negeri Sembilan terutamanya di musim perayaan.
Iklan
"APMM meminta orang ramai menyalurkan maklumat jenayah dan kecemasan di laut di talian Pusat Operasi Maritim 06-3876730 dan 999 yang beroperasi secara 24 jam,” katanya. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Seleweng RM150,000: Bekas ejen insurans dipenjara dua tahun, tiga sebatan"><meta itemprop="description" content="Seleweng RM150,000: Bekas ejen insurans dipenjara dua tahun, tiga sebatan
Seorang bekas ejen insurans dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat selepas mengaku bersalah menyalahgunakan wang pelanggannya berjumlah RM150,000, empat tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Hakim Shahrul Rizal Majid menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Zul Ariff Ismail, 39, selepas pertuduhan dibacakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785324/edisi/melaka-ns/seleweng-rm150000-bekas-ejen-insurans-dipenjara-dua-tahun-tiga-sebatan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Seleweng #EjenInsurans #Mahkamah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-26T06:17:31.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P111S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaiy6nu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaiy6nu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaiy6nu"></script>