Unta terlepas kes dua tahun lalu lah...
Iklan
Tangkap layar video unta milik Bakri yang tular di media sosial.
MELAKA - Pemilik unta dari Sungai Udang di sini menafikan rakaman video tular sepasang unta yang terlepas di jalan raya kawasan Tangga Batu berlaku pada Jumaat namun mendakwa ia merupakan insiden dua tahun lalu.
Warga emas, Bakri Ali, 60, berkata, disebabkan video yang tular di media sosial sejak beberapa jam lalu menyebabkan ramai kenalan menghubunginya untuk mendapatkan pengesahan.
Iklan
Iklan
Menurutnya, insiden membabitkan untanya yang diberikan nama Bashar dan Bashir itu berlaku apabila unta tersebut terlepas setelah pokok yang ditambat di rumahnya itu tumbang.
Bakri (kanan) menunjukkan unta peliharaannya yang dibawa ke Pantai Puteri.
"Saya terkejut apabila ramai kawan hubungi sejak pagi beritahu unta saya terlepas, tetapi bila saya periksa kedua-dua ada di belakang rumah.
Iklan
"Saya tak pasti apa niat mereka tularkan semula video lama itu, ia menyebabkan saya terpaksa memberi penjelasan kepada orang ramai," katanya ketika dihubungi di sini, pada Jumaat.
Tambahnya, dalam kejadian itu binatang tersebut terlepas hingga ke sebuah stesen minyak berhampiran dan berhenti untuk meragut rumput.
Iklan
"Bila dimaklumkan, saya dan anak kemudian terus ambil dan bawa pulang kedua-duanya.
"Bashar serta Bashir adalah pasangan unta jantan dan betina yang saya beli dari Australia sejak 2008 dan kini berusia 13 tahun," katanya.
Video tular berdurasi 48 saat itu memaparkan sepasang unta terlepas di jalan raya dan menuju ke berapa buah kenderaan.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Portfolio enam Exco Negeri Sembilan ditetapkan dalam waktu terdekat - MB"><meta itemprop="description" content="Portfolio enam Exco Negeri Sembilan ditetapkan dalam waktu terdekat - MB
Portfolio enam Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan yang baru dilantik akan ditetapkan dalam tempoh terdekat, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim berkata, beliau memerlukan sedikit masa untuk meneliti kesesuaian portfolio setiap Exco, memandangkan jumlah Exco yang diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir ketika ini hanya enam orang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/806365/edisi/melaka-ns/portfolio-enam-exco-negeri-sembilan-ditetapkan-dalam-waktu-terdekat---mb
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #krisisN9 #MBN9 #IsmailLasim"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-27T07:21:47.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P177S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xc0f4ay"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xc0f4ay"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xc0f4ay"></script>