Tiga maut pesawat pemadam kebakaran terhempas di Australia
Iklan
SYDNEY - Sekurang-kurangnya tiga maut selepas sebuah pesawat pemadam kebakaran terhempas ketika menyertai operasi 'water bombing' di kawasan pergunungan berhampiran Sydney hari ini.
Pesuruhjaya Perkhidmatan Bomba, Shane Fitzsimmons mengesahkan nahas itu berlaku pada jam 1.30 tengah hari (waktu tempatan) dan melibatkan pesawat C-130.