Lelaki kantoi skodeng wanita dalam tandas pusat beli-belah

Iklan
Tangkap layar, pengawal keselamatan berjaya menahan lelaki tersebut.

BATU PAHAT - Tindakan seorang lelaki cuba mengintai wanita di sebuah tandas sebuah membeli-belah di sini, mengundang padah apabila dia dicekup pengawal keselamatan, pada Khamis.

Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintenden Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 12.30 tengah hari pada Khamis.

Iklan
Iklan

"Siasatan polis mendapati kejadian berlaku ketika mangsa yang berusia 28 tahun berada dalam tandas wanita di pusat membeli-belah berkenaan.

"Wanita itu kemudiannya ternampak suspek sedang mengintainya dari bawah dinding tandas bersebelahan.

Iklan

"Mangsa kemudiannya menjerit meminta tolong selain turut menjirus air paip ke arah muka suspek,” katanya.

Katanya, pengawal keselamatan bertugas berjaya menahan suspek yang bersembunyi dalam tandas bersebelahan tandas mangsa sebelum menyerahkannya kepada polis.

Iklan

"Suspek direman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah selama empat hari mulai Jumaat hingga Isnin depan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!