15 premis buat sambungan elektrik haram diserbu, SESB rugi lebih RM3 juta
Iklan
Abdul Nasir (kiri) memeriksa peralatan elektrik yang telah diubah suai untuk tujuan mencuri bekalan elektrik yang berjaya dirampas sewaktu mengadakan sidang media di Pejabat ECoS Wilayah Timur pada Khamis. Foto Bernama
SANDAKAN - Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS) baru-baru ini menyerbu 15 premis di Kota Kinabalu, Kota Belud, Tuaran serta Sandakan kerana membuat penyambungan elektrik secara haram termasuk memanipulasi meter Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) hingga mengakibatkan kerugian lebih RM3 juta.
Ketua Pegawai Eksekutif ECoS, Datuk Abdul Nasser Abdul Wahid berkata, daripada 15 premis terbabit didapati 10 kes kecurian membabitkan premis ladang udang, pusat pelancongan, kedai perabot, restoran, kilang ais, kilang memproses makanan laut dan pusat hiburan.
Iklan
Iklan
"ECoS telah merampas bukti seperti kabel sambungan haram, meter elektrik yang telah diubah suai dan peralatan elektronik yang digunakan untuk mengganggu meter SESB," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Pejabat ECoS Sandakan di sini pada Khamis.
Abdul Nasir (tengah) menunjukkan meter elektrik yang telah diubah suai untuk tujuan mencuri bekalan elektrik pada sidang media di Pejabat ECoS Wilayah Timur. Foto Bernama
Tanpa mahu mendedahkan tarikh spesifik serbuan itu, beliau berkata, serbuan yang dilaksanakan bersama SESB itu turut memeriksa pepasangan elektrik di premis terlibat dan berjaya mengesan penggunaan 20 jana kuasa tidak berdaftar serta tidak dilesenkan.
Iklan
Selain itu, Abdul Nasser berkata, ECoS boleh mengambil tindakan pendakwaan di mahkamah terhadap pemilik premis dan pihak yang bersubahat melakukan pengusikan meter atau pendawaian elektrik secara haram mengikut Enakmen Bekalan Elektrik 2024.
Menurut Abdul Nasser, SESB juga boleh menuntut semula kerugian yang ditanggung daripada pesalah laku berdasarkan Seksyen 63(6) Enakmen Bekalan Elektrik 2024.
Iklan
Berkaitan pembukaan Pejabat ECoS Cawangan Wilayah Pantai Timur Sabah itu, beliau berkata, ia membantu memudahkan urusan dan memberikan akses perkhidmatan berkaitan pendaftaran lesen termasuk aduan.
Abdul Nasser turut mengingatkan pengguna elektrik agar tidak melakukan aktiviti seperti pengusikan meter bagi mengelak dikenakan tindakan undang-undang. - Bernama
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="RM17 juta untuk tanah, pampasan projek naik taraf jalan -Alexander"><meta itemprop="description" content="Sebanyak RM17 juta daripada keseluruhan kos RM70.6 juta bagi projek menaik taraf Jalan Lok Kawi-Sabindo diperuntukkan bagi pengambilan tanah dan bayaran pampasan kepada pemilik premis yang terjejas di sepanjang jajaran projek berkenaan, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, peruntukan itu melibatkan pampasan kepada 41 lot yang terkesan, termasuk struktur premis yang perlu diambil bagi membolehkan projek pelebaran jalan sepanjang 1.5 kilometer dilaksanakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/789730/edisi/sabah-sarawak/rm17-juta-untuk-tanah-pampasan-projek-naik-taraf-jalan--alexander
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #projeknaiktaraf #AlexanderNantaLinggi #menterikerjaraya"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-28T07:53:03.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/cxKTQ1gQ5_jmd6MBw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P107S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xastv8a"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xastv8a"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xastv8a"></script>