9 telaga tiub berfungsi, tolak dakwaan UMS tiada air
Iklan
Mustapha (depan, kiri) melawat tapak projek telaga tiub yang dibina di kawasan Masjid UMS.
KOTA KINABALU - Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud memaklumkan kesemua telaga tiub yang dibina di Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah berfungsi sepenuhnya untuk membekalkan air ke kolej kediaman pelajar.
Menurutnya, pihak UMS telah membina sembilan telaga tiub khusus untuk membekalkan air ke kolej kediaman pelajar dengan menggunakan dana yang disalurkan Perdana Menteri dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Iklan
Iklan
"Pembinaan telaga tiub mampu menyalurkan bekalan air sehingga satu juta liter sehari bagi mengurangkan kesan kepada pelajar semasa gangguan bekalan air daripada Jabatan Air Negeri Sabah (JANS)
"Terkini, kesemua telaga tiub telah beroperasi sepenuhnya untuk membekalkan air ke kolej kediaman," katanya ketika melakukan tinjauan ke UMS bagi mendapatkan maklumat terkini keperluan air di sini pada Ahad.
Telaga tiub ini mampu menyalurkan bekalan air sehingga satu juta liter sehari untuk kegunaan warga UMS.
Iklan
Hasil tinjauan itu sekali gus menolak dakwaan bahawa UMS langsung tiada air seperti yang ditularkan di media sosial baru-baru ini.
Bagaimanapun, Mustapha menegaskan bahawa pengoperasian telaga tiub sepenuhnya bukan bermaksud UMS tidak memerlukan bekalan air daripada pihak JANS.
Iklan
"UMS masih bergantung dengan bekalan air daripada JANS untuk kegunaan harian kerana keperluan bekalan air di universiti ini sangat tinggi iaitu antara tiga hingga lima juta liter sehari dengan populasi semasa UMS mencecah sehingga 20,000 orang merangkumi 16,000 pelajar UMS," katanya.
Sehubungan itu, Mustapha yang juga Ahli Parlimen Sepanggar menyarankan agar satu sesi libat urus bersama mahasiswa dapat diadakan oleh pihak UMS terutamanya melibatkan Majlis Perwakilan Pelajar UMS supaya maklumat yang tepat dapat disalurkan.
Sebelum itu, turut tular satu penganjuran perhimpunan #KamiMahuAir Sabah yang akak diadakan di hadapan Menara Kinabalu pada 14 Jun ini.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="RM17 juta untuk tanah, pampasan projek naik taraf jalan -Alexander"><meta itemprop="description" content="Sebanyak RM17 juta daripada keseluruhan kos RM70.6 juta bagi projek menaik taraf Jalan Lok Kawi-Sabindo diperuntukkan bagi pengambilan tanah dan bayaran pampasan kepada pemilik premis yang terjejas di sepanjang jajaran projek berkenaan, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, peruntukan itu melibatkan pampasan kepada 41 lot yang terkesan, termasuk struktur premis yang perlu diambil bagi membolehkan projek pelebaran jalan sepanjang 1.5 kilometer dilaksanakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/789730/edisi/sabah-sarawak/rm17-juta-untuk-tanah-pampasan-projek-naik-taraf-jalan--alexander
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #projeknaiktaraf #AlexanderNantaLinggi #menterikerjaraya"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-28T07:53:03.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/cxKTQ1gQ5_jmd6MBw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P107S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xastv8a"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xastv8a"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xastv8a"></script>