Sindiket tawar khidmat seks, jual 'ubat kuat' di media sosial tumpas
Iklan
Lima suspek termasuk dua wanita yang diberkas dalam serbuan di sebuah premis dekat Kajang pada Khamis.
KAJANG - Menggunakan aplikasi Telegram dan WhatsApp untuk menawarkan perkhidmatan seks antara taktik yang dibongkar susulan tangkapan lima individu dalam serbuan di sebuah premis dekat sini pada Khamis.
Ketua Penolong Pengarah D7 Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, siasatan awal mendapati kesemua suspek terdiri dua wanita dan tiga lelaki berumur 17 hingga 26 tahun itu dipercayai terlibat dalam kes mempromosikan aktiviti persundalan di laman sosial.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, sindiket turut bergiat aktif menjual rakaman video lucah dan ubat seks melalui laman media sosial.
"Modus operandi yang digunakan adalah dengan cara mengajak pelanggan untuk melanggan Telegram suspek dengan bayaran sekitar RM450 sehingga RM550 untuk setiap langganan.
Iklan
Katanya, siasatan mendapati sindiket ini mampu meraih pendapatan sehingga RM20,000 sebulan hasil kegiatan yang dijalankan itu.
"Semakan lanjut melibatkan akaun Tik Tok suspek mendapati sebanyak 226,000 pengikut yang aktif.
Iklan
"Kes disiasat di bawah Seksyen 372 (1)(e) dan Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63," katanya.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Walaupun motosikal yang ditunggang tidak memenuhi spesifikasi ditetapkan, dua anggota polis trafik dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang tetap tampil membantu atas dasar kemanusiaan dengan menunda sebuah motosikal Yamaha RX-Z yang mengalami kerosakan sejauh tiga kilometer (km), lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Sarjan Yufaiza Azha Yunos, 41, berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 petang pada Isnin di Jalan Marang-Bukit Payung (Bukit Kor) berhampiran sebuah universiti swasta yang tidak berpenghuni.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/768511/berita/semasa/abang-trafik-tunda-3km-rxz-rosak
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.