[VIDEO] 'Saya akan lawat SMK Gadong minggu ini' - Exco Pendidikan Sabah
Iklan
KOTA KINABALU - Exco Pendidikan Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif akan membuat lawatan ke Sekolah Kebangsaan Menengah (SMK) Gadong, Beaufort, susulan laporan berita berhubung keadaan bangunan sekolah yang menempatkan kelas Tingkatan Enam dan bilik guru usang.
Beliau yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah berkata, pihaknya mengambil maklum berhubung isu itu dan akan mendapatkan maklumat terperinci daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Beaufort.
Iklan
Iklan
"Saya akan dapatkan maklumat terperinci daripada PPD Beaufort dan berbincang dengan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS).
"Saya juga akan melawat sekolah berkenaan dalam minggu ini dan kita akan cari jalan bagaimana untuk membantu seperti mana kita membantu beberapa sekolah sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas melawat Masjid Sembulan di sini pada Khamis.
Laporan Sinar Harian. Mohd Ariffin (kanan).
Iklan
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Sinar Harian pada Rabu berhubung bangunan SMK Gadong mulai reput disebabkan bumbungnya yang telah tiada akibat ditiup angin dan siling bocor.
Tambah beliau lagi, kerajaan negeri dan JPNS juga mempunyai peruntukan jika ada sekolah yang memerlukan untuk dibaik pulih.
Iklan
"Saya ingat JPNS ada peruntukan untuk pembaikan kecil manakala di Jabatan Ketua Menteri pun ada inisiatif misalnya Bantuan Penyelenggaraan Kecil Sekolah (BALKIS) dan kita akan membantu," katanya.
Sinar Harian sebelum ini melakukan tinjauan dan mendapati bumbung bangunan dua tingkat bocor selain ada beberapa kelas terpaksa dikosongkan kerana dinding dan siling mulai mereput akibat terkena hujan.
Malah yang lebih membimbangkan salah satu bilik di tingkat bawah bangunan tersebut adalah tempat bilik suis utama elektrik juga telah bocor dan apabila hujan air akan mengalir sekali gus membahayakan pelajar serta guru.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Perbuatan sekumpulan individu yang melakukan aktiviti seperti berzikir di kawasan tanah perkuburan pada tengah malam di Sandakan, yang tular di media sosial baru-baru ini, boleh diwartakan sebagai ajaran sesat sekiranya didapati menyalahi ajaran Islam, lapor wartawan Sinar Harian,
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah yang juga Exco Agama, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, siasatan berhubung tindakan kumpulan individu terbabit sedang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), dan mereka yang terlibat telah dipanggil untuk memberi keterangan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762544/edisi/sabah-sarawak/zikir-di-tanah-kubur-boleh-diwarta-sesat-jika-menyalahi-ajaran-islam---mohd-arifin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.