Terengganu kekalkan kecemerlangan SPM, 464 calon peroleh semua A

Iklan
Jelani (tiga dari kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada sekolah cemerlang dalam SPM 2023 di majlis pengumuman keputusan peperiksaan itu di JPNT pada Isnin.

KUALA TERENGGANU - [DIKEMAS KINI] Terengganu terus mengekalkan kecemerlangan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2023 dengan merekodkan Gred Purata Negeri (GPN) 4.41 mengatasi Gred Purata Nasional 4.6.

Keputusan yang direkodkan tersebut menunjukkan peningkatan 0.18 berbanding yang direkodkan pada tahun lalu iaitu 4.59.

Iklan
Iklan

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri, Jelani Sulong berkata, seramai 464 pelajar daripada keseluruhan 16,783 calon yang menduduki peperiksaan itu memperoleh keputusan semua A (A+, A, A-) berbanding 333 calon pada 2022.

Menurutnya, jumlah itu menunjukkan peningkatan 0.76 peratus berbanding keputusan yang direkodkan pada 2023 serta peningkatan 0.01 peratus bagi keputusan semua A dalam semua mata pelajaran.

Iklan

"Kita juga ada seorang calon berkeperluan khas (CBPK) yang mengalami masalah autisme dari SM Imtiaz Setiumendapat semua A+ dalam peperiksaan tersebut iaitu 4 (A+ )7(A) dan 1 (A-).

"Selain itu, terdapat seorang calon cemerlang sekolah integriti yang memperoleh 8A dalam peperiksaan lalu," katanya pada majlis pengumuman keputusan peperiksaan SPM Terengganu 2023 di Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) di sini, pada Isnin.

Iklan

Jelas Jelani, jumlah calon lulus semua mata pelajaran juga menunjukkan peningkatan 4.22 peratus iaitu seramai 10,489 calon berbanding 9,617 calon pada tahun 2022.

Tambahnya, Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu (YT) Kemaman merupakan sekolah terbaik dengan Gred Purata Sekolah (GPS) 1.32 serta muncul kategori peratus peningkatan semua A tertinggi.

"Terdapat empat sekolah yang merekodkan kecemerlangan dengan kesemua calonnya lulus semua mata pelajaran iaitu SM Imtiaz Kemaman, SM Sains Kuala Terengganu, SMKA Sheikh Abdul Malek dan SM Imtiaz Kuala Berang.

"SM Sains Kuala Terengganu muncul sebagai sekolah yang memperoleh peratus semua A terbaik dengan rekod 40.82 peratus," ujarnya.

Jelani memberitahu, secara keseluruhan keputusan SPM bagi negeri Terengganu pada tahun laku menunjukkan peningkatan pencapaian keseluruhan melibatkan semua sekolah dalam bandar dan luar bandar di semua daerah.

"Semua daerah merekod peningkatan gred purata daerah (GPD) yang memberangsangkan dan kita merakam jutaan terima kasih kepada semua pihak yang bertungkus lumus memastikan kecemerlangan anak-anak kita," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!