Dua lelaki melecur, rumah separuh kekal musnah terbakar

Iklan
Bomba memadam kebakaran sebuah rumah di Kampung Seri Kendong, Kota, Rembau pada Isnin. Foto ihsan bomba

REMBAU - Dua lelaki melecur dalam kebakaran sebuah rumah separuh kekal di Kampung Seri Kendong, Kota di sini pada Isnin.

Kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu turut mengakibatkan sebuah pacuan empat roda (4x4) jenis Mitsubishi Triton terbakar lima peratus dan sebuah kereta Honda Civic terbakar 30 peratus.

Iklan
Iklan

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan memaklumkan menerima maklumat kejadian jam 7.50 pagi dan sampai tujuh minit kemudian.

"Sebaik sampai didapati kebakaran melibatkan sebuah rumah separuh kekal yang berkeluasan 40x80 kaki persegi musnah lebih kurang 80 peratus.

Iklan

"Turut terbakar bahagian belakang sebuah 4x4 Mitsubishi Triton musnah lebih kurang lima peratus dan sebuah kereta Honda Civic musnah lebih kurang 30 peratus," katanya pada Isnin.

Menurutnya, terdapat dua lelaki melecur di tangan lebih kurang 10 peratus dan seorang lagi lelaki melecur 30 peratus di muka.

Iklan

Ujarnya, kedua-dua mangsa telah diberi rawatan awal oleh pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan dibawa ke Hospital Tampin untuk rawatan lanjut.

Jelasnya, api berjaya dipadam sepenuhnya pada jam 8.23 pagi oleh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau serta Tampin.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!