Pelayan kedai makan disyaki amang seksual budak 2 tahun ditahan

Iklan
Suspek berusia 34 tahun ditahan di Pandan Indah di sini pada Khamis. Gambar hiasan.

AMPANG - Seorang pelayan kedai makan warga asing ditahan kerana disyaki melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan berusia dua tahun di Pandan Indah, di sini pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, ibu mangsa membuat laporan berkaitan kes itu pada jam 5 petang.

Iklan
Iklan

"Wanita itu mendakwa ketika anaknya itu sedang bermain, seorang lelaki telah membuat sesuatu kepada anaknya.

"Hasil pemeriksaan pegawai perubatan mengesahkan terdapat kemerahan pada bahagian luar kemaluan mangsa," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Iklan

Mohd Azam berkata, susulan daripada itu, seorang lelaki berusia 34 tahun ditahan di Pandan Indah di sini pada Khamis.

"Hasil ujian air kencing didapati negatif dadah dan tiada rekod lampau. Suspek ditahan reman selama lima hari bermula Jumaat hingga Selasa.

Iklan

"Kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!