Polis buru suspek cetus kekecohan selepas perlawanan KL City, JDT

Iklan
Video tular memaparkan insiden kekecohan selepas perlawanan bola sepak antara KL City menentang JDT di luar Stadium Cheras pada Sabtu.

KUALA LUMPUR - Polis sedang mengesan individu yang mencetuskan kekecohan selepas perlawanan bola sepak antara Kuala Lumpur City (KL City) menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) di luar Stadium Cheras di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Ravindar Singh Sarban Singh berkata, kejadian kekecohan itu dikesan dalam satu klip video berdurasi empat minit 42 saat di aplikasi YouTube yang dimuat naik pemilik akaun 'Fr7 Reborn'.

Iklan
Iklan

"Hasil semakan mendapati sekumpulan penyokong yang keluar daripada stadium telah bertindak membaling objek dan mercun di luar stadium.

"Kita juga telah menerima satu laporan berhubung kejadian pecah cermin kereta daripada seorang lelaki, satu kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Iklan

Ravindar Singh, berkata usaha mengesan semua suspek terlibat sedang giat dijalankan.

"Orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian ini.

Iklan

"Sekiranya mempunyai maklumat berhubung suspek dan kejadian ini, orang ramai boleh menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-92845050/5051 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!