Exco Pelancongan Perlis telah sedar, keadaan stabil - MB

Iklan
Laporan Sinar Harian.

KANGAR - Exco Kemajuan Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Perlis, Wan Badariah Wan Saad yang dirawat dan ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini sejak 14 Mei lepas telah sedar serta keadaannya semakin stabil.

Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, bagaimanapun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mata Ayer daripada Pas itu masih dalam keletihan.

Iklan
Iklan

"Dia (Wan Badariah) sedar tetapi terlampau letih. Paru-paru masih ada jangkitan,” katanya yang dihubungi Bernama pada Ahad.

Mohd Shukri berkata, pada masa ini portfolio Wan Badariah digalas dua Exco iaitu Exco Pembangunan Belia dan Kemajuan Sukan Perlis, Wan Zikri Afthar Ishak dan Exco Kesihatan Perlis, Megat Hashirat Hassan.

Iklan

Pada 15 Mei lepas, Bernama melaporkan Wan Badariah, 47, mendapatkan rawatan dan ditidurkan pada petang 14 Mei di ICU, HTF dan Menteri Besar Perlis dipetik sebagai berkata, ADUN berkenaan ditidurkan selepas mengalami komplikasi jantung dan paru-paru. - Bernama

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!