Polis cari lelaki curi pakaian dalam wanita di ampaian

Iklan
Tular rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tindakan seorang penunggang motosikal yang mencuri pakaian dalam wanita dalam kejadian di Teluk Intan. Foto: ihsan pembaca

TELUK INTAN - Polis sedang mengesan seorang penunggang motosikal disyaki terlibat mencuri pakaian dalam wanita di Taman Melor 2 di sini pada Ahad.

Tular satu klip video berdurasi 34 saat di media sosial memaparkan seorang lelaki yang menunggang motosikal telah mengambil pakaian dalam yang disidai di ampaian berhampiran pagar sebuah rumah.

Iklan
Iklan

Kejadian berlaku pada jam 3.24 pagi dan suspek kemudiannya bergegas meninggalkan rumah berkenaan dengan menunggang motosikalnya.

Difahamkan, suspek turut meninggalkan mesej dipercayai nota berbaur lucah.

Iklan

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, satu laporan telah diterima daripada pengadu pada jam 10.55 pagi.

"Suspek disyaki seorang lelaki warga tempatan. Siasat dijalankan mengikut Seksyen 347/509 Kanun Keseksaan. Kes masih dalam siasatan pihak polis," katanya di sini.

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!