Sekolah aliran Cina, Tamil perlu dihormati - PM

Iklan
Anwar melawat pameran sempena Majlis Perasmian Minggu Perpaduan 2024 Peringkat Kebangsaan di Angsana Johor Bahru Mall pada malam Sabtu.

JOHOR BAHRU - Sistem persekolahan aliran Cina dan Tamil di negara ini perlu dihormati dan diberi ruang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, negara sejak sekian lama mewarisi sistem persekolahan vernakular.

Iklan
Iklan

"Kita warisi satu sistem di mana ada Sekolah Kebangsaan (SK) untuk pelbagai kaum tetapi ada juga sekolah aliran Cina serta sekolah aliran Tamil.

"Ia kerana ada kawasan (penempatan) Melayu sehingga 100 peratus, ada juga kawasan majoriti Cina dan India.

Iklan

"Itu satu kenyataan (sekolah vernakular) yang tak semestinya kita ubah.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Sambutan Minggu Perpaduan 2024 Peringkat Kebangsaan, di sini, pada malam Ahad.

Iklan

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi; Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang;

dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Dalam pada itu, Aaron berkata keharmonian perlu dipelihara, dipupuk dan diterapkan dalam diri bermula daripada diri sendiri dan kemudian diwariskan kepada generasi seterusnya.

"Kita semua perlu ingat, setiap daripada kita bertanggungjawab dan berperanan dalam menjaga keharmonian, kedaulatan, keamanan dan keselamatan negara yang dicintai.

"Saya berharap agar semua pihak dapat menghayati prinsip faham dan terima dalam memupuk keharmonian dan kepelbagaian dalam masyarakat Malaysia," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!