Guru didakwa denda pelajar berdiri tengah panas disiasat

Iklan

AMPANG - Polis menjalankan siasatan terhadap seorang guru yang didakwa mendenda beberapa pelajar berdiri di kawasan padang sebuah sekolah dekat sini dalam kejadian pada 30 April lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, laporan sebelum itu dibuat oleh ibu kepada salah seorang pelajar terbabit.

Iklan
Iklan

"Mangsa yang berumur 11 tahun itu mengadu kepada ibunya ketika dijemput pulang dari sekolah kira-kira jam 1.20 petang bahawa dia didenda oleh guru dengan berdiri di kawasan padang yang panas selama lebih dua jam.

"Hasil pemeriksaan pegawai perubatan kemudiannya mendapati mangsa mengalami kelesuan haba akibat kejadian," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Iklan

Katanya, siasatan mendapati guru berumur 37 tahun itu memberi hukuman berkenaan kepada rakan mangsa yang lain.

"Siasatan mendapati mangsa bersama tiga lagi pelajar didenda berdiri selama 10 minit.

Iklan

"Kertas siasatan berkenaan telah dirujuk Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Selangor untuk penelitian selanjutnya," katanya.

Menurutnya, kes disiasat bawah Seksyen 31 (1) Akta Kanak-kanak 2001.

Pada Jumaat, tular video di media sosial memaparkan seorang ibu kepada salah seorang pelajar terlibat bersama satu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyatakan tidak berpuas hati berkenaan siasatan dan cara pengendalian kes berkenaan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!