'Insya-ALLAH, PH ada peluang di DUN Sungai Bakap' - Faiz Fadzil

Iklan
Muhammad Faiz (kanan) melayani orang ramai yang membeli makanan basah di Pasar Nelayan Pulau Gajah, Kota Bharu pada Sabtu.

KOTA BHARU - Pakatan Harapan (PH) yakin akan meraih sokongan rakyat di kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.

Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (Amanah), Muhammad Faiz Fadzil berkata, pihaknya optimis berdasarkan prestasi yang ditunjukkan pengundi dalam beberapa pilihan raya kecil (PRK) yang lalu.

Iklan
Iklan

"Hasil pada PRK-PRK menunjukkan sokongan rakyat kepada Kerajaan Perpaduan.

"Kita boleh melalui PRK Simpang dan Pelangai, jadi insya-ALLAH PH ada peluang di DUN Sungai Bakap,” katanya selepas merasmikan Program Jualan Agro Madani dan Pelancaran Projek Agrotourism Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Kota Bharu di Pasar Nelayan Pulau Gajah di sini pada Sabtu.

Iklan

Beliau menambah, sokongan Melayu juga meningkat dan menunjukkan bahawa terdapat jumlah besar ahli-ahli UMNO memihak kepada kerajaan Persekutuan.

"Kita cuba dapatkan sokongan Melayu sebanyak mungkin dan menguruskan sokongan itu dengan baik.

Iklan

"Berkait siapa calon itu masih awal lagi dan kami akan lihat nanti,” katanya.

Sebelum itu, akhbar melaporkan, kekosongan kerusi DUN terbabit berikutan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff, 56.

Allahyarham meninggal dunia pada jam 1.38 tengah hari Jumaat ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya (HSJ) kerana mengalami keradangan dalam perut dan menerima rawatan di situ sejak awal bulan ini.

Nor Zamri yang juga Yang Dipertua Pas Nibong Tebal bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang Ogos lalu, menewaskan calon PH, Nurhidayah Che Rose dengan majoriti 1,563 undi.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!