Kucing sebabkan dewan perbandaran Belanda digenangi air, kerugian cecah AS$353,000

Iklan
Seekor kucing telah menyebabkan dewan perbandaran Dokkum di Belanda digenangi air, menyebabkan kerosakan berjumlah €325,000 (AS$352,600). Gambar hiasan

AMSTERDAM - Seekor kucing telah menyebabkan dewan perbandaran Dokkum di Belanda digenangi air, menyebabkan kerosakan berjumlah €325,000 (AS$352,600), menurut pentadbiran bandar itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Kucing itu ditemukan di dewan perbandaran berkenaan semasa kerja-kerja pembinaan pada Mei tahun lepas, lapor stesen penyiaran Omrop Fryslan pada Jumaat.

Iklan
Iklan

Oleh kerana tidak dapat menangkap kucing itu, bangunan di wilayah Frisia berkenaan dikunci sementara.

Kucing tersebut kemudian dipercayai membuka paip, menyebabkan air bocor tanpa disedari membasahi perabot dan dinding serta melalui lantai memasuki bilik bawah tanah.

Kerosakan tersebut begitu teruk sehingga beberapa kakitangan terpaksa bekerja sementara di bangunan lain. Beberapa dinding dan lantai terpaksa diganti.

Iklan

Pada mesyuarat majlis perbandaran pada Khamis malam, ahli majlis Bert Koonstra membentangkan bil terakhir hampir €325,000.

"Insurans akan membayar kerosakan tersebut," katanya."Kita kini boleh menutup fail kucing ini."

Iklan

Tidak dapat dibuktikan dengan pasti bahawa kucing itu benar-benar bertanggungjawab membuka paip berkenaan, kerana tiada siapa yang menyaksikan haiwan itu melakukannya. - Bernama-dpa

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!