Bersih tuntut kerajaan segerakan reformasi institusi

Iklan
Muhammad Faisal ketika memberi ucaptama sempena Kongres Bersih 2024 di Kuala Lumpur, pada Sabtu.

KUALA LUMPUR - Kerajaan dilihat gagal melaksanakan agenda reformasi yang dijanjikan, malah dikhuatiri tidak akan melaksanakannya sehingga tamat penggal pemerintahan.

Presiden Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, tahun ini merupakan waktu penting untuk peralihan demokrasi negara susulan beberapa pilihan raya akan berlangsung tidak lama lagi.

Iklan
Iklan

"Sebelum ini senario politik semasa dijadikan alasan tidak melaksanakan reformasi, terutama apabila melibatkan beberapa cubaan menjatuhkan kerajaan selain kesibukan pemimpin membuat persiapan pilihan raya di enam negeri.

"Tahun ini sudah tiada, jadi masa depan agenda reformasi bergantung kepada komitmen kerajaan (untuk) melakukannya dengan meletakkan garis masa bersesuaian agar tempoh berbaki tiga tahun ini ada perubahan yang signifikan.

Iklan

"Kerajaan harus ada perancangan, setidaknya berkaitan pemisahan kuasa Peguam Negara (AG) dan Pendakwa Raya (supaya) ada perancangan sepertimana Akta Parlimen yang sudah ada pergerakan," katanya ketika ditemui selepas menyampaikan ucaptama sempena Kongres Bersih 2024, pada Sabtu.

Sebagai rekod, Bersih sebelum ini menuntut kerajaan melaksanakan reformasi pengasingan peranan AG dan Pendakwa Raya dengan memasukkan peruntukan kewangan yang bersesuaian dalam Belanjawan 2025.

Iklan

Dalam pada itu Muhammad Faisal turut menyuarakan kebimbangan sekiranya kerajaan tidak dapat melaksanakan janji-janji yang dinyatakan sebelum Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Ini kerana katanya, ahli-ahli politik kerajaan dan pembangkang akan mula sibuk dengan beberapa pilihan raya melibatkan Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor.

"Penegasan kita perubahan ini perlu dilaksanakan segera sebelum PRU16 dan kerajaan tidak boleh rasa selesa dengan mandat ini kerana masa amat mencemburui mereka.

"Kerajaan harus kemukakan apa perancangan dan garis masa reformasi pilihan raya dengan segera supaya kita boleh menilai dan lakukan kerjasama dengan baik," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!