Warga asing rayu JPJ jangan sita motosikal

Iklan
Antara warga asing yang diperiksa sepanjang Op Pewa di Persiaran Puchong Perdana pada Khamis. Foto JPJ Selangor

PUCHONG - Seorang penunggang warga asing sanggup merayu kepada pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) agar motosikalnya tidak disita selepas ditahan dalam Operasi Pemandu Warga Asing (Op Pewa) di sekitar Persiaran Puchong Perdana, di sini pada Khamis.

Tindakan sitaan telah dibuat ke atas motosikal terbabit selepas lelaki yang membawa muatan besi buruk itu didapati tiada lesen memandu dan cukai jalan tamat tempoh ketika pemeriksaan.

Iklan
Iklan

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, Azrin Borhan berkata, tindakan dikenakan itu merupakan antara 10 motosikal disita pihaknya, yang digunakan etnik Rohingya dan warga Indonesia bekerja sebagai pemungut besi buruk serta penjual makanan, hasil daripada pemeriksaan terhadap 205 buah kenderaan.

"Kenderaan yang dikesan ada kesalahan telah diambil tindakan selain saman," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Iklan
Antara motosikal yang diambil tindakan JPJ Selangor pada Op Pewa di Persiaran Puchong Perdana, pada Khamis. Foto JPJ Selangor

Azrin berkata, Op Pewa diketuai Ketua Seksyen Operasi JPJ Selangor, Muzlefa Kamarudin bermula jam 8 pagi itu dijalankan secara statik dan rondaan turut mengeluarkan sebanyak 189 notis saman atas pelbagai kesalahan.

Antaranya melibatkan cukai jalan tamat tempoh, tiada perlindungan insurans serta tiada lesen memandu.

Iklan

Beliau berkata, operasi sehingga jam 2 petang itu menumpukan pemeriksaan terhadap semua jenis kenderaan dipandu atau ditunggang warga asing.

Tegasnya, JPJ Negeri Selangor sentiasa memberi perhatian dan menjalankan pemantauan secara berterusan ke atas semua jenis kenderaan agar sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya yang telah ditetapkan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!