Gagal menang trofi, Barcelona pecat Xavi

Iklan
Xavi Hernandez.

BARCELONA telah memecat pengendali pasukannya, Xavi Hernandez Jumaat selepas gergasi Catalan itu gagal memenangi trofi musim ini.

Xavi akan mengendalikan perlawanan terakhir La Liga pasukan pada hari Ahad di Sevilla sebelum melepaskan jawatannya itu.

Iklan
Iklan

"Presiden Barcelona, Joan Laporta telah memberitahu Xavi Hernandez bahawa tugas beliau sebagai jurulatih untuk musim 2024-25 tidak diteruskan," kata Barcelona dalam satu kenyataan.

Bekas jurulatih Bayern Munich dan Jerman, Hansi Flick dijangka menggantikan Xavi.

Iklan

Pada bulan Januari, Xavi berkata, dia akan mengundurkan diri pada penghujung musim tetapi, selepas prestasi cemerlang, pada April dia dan presiden Laporta bersetuju jurulatih itu akan kekal untuk kempen seterusnya, dengan kontraknya akan tamat pada Jun 2025

Bagaimanapun, keadaan segera berubah dengan laporan media Sepanyol Laporta berasa marah dengan komen Xavi yang menunjukkan sukar untuk kelab yang kurang kewangan itu untuk bersaing dengan Real Madrid dan pasukan elit Eropah yang lain.

Iklan

"Barcelona ingin mengucapkan terima kasih kepada Xavi atas kerjanya sebagai jurulatih, yang menambahkan lagi kerjayanya yang tidak dapat ditandingi sebagai pemain dan kapten pasukan utama, dan mendoakan yang terbaik untuknya pada masa hadapan,” kata kenyataan itu lagi.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

b