Agrobank salur RM150,000 bantu asnaf mualaf dalam bidang akuakultur

Iklan
Penyampaian dana sumbangan daripada Agrobank kepada wakil peserta Program Pembangunan Asnaf Aquapreneur.

AGROBANK menyalurkan dana sebanyak RM150,000 bagi Program Pembangunan Asnaf Aquapreneur, dalam usaha memperkasakan golongan asnaf di Sabah tentang ilmu akuakultur.

Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, program tersebut dilaksanakan dengan kerjasama antara Agrobank Centre of Excellence (ACE), Korporasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan Sabah (Ko-Nelayan Sabah), Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dan Hidayah Centre Foundation.

Iklan
Iklan

Menurutnya, menerusi program itu, seramai 10 peserta terpilih terdiri daripada golongan mualaf menjalani sesi latihan selama enam bulan sejak Januari lalu.

"Mereka dibekalkan dua set Aqua Starter Kit, 3000 benih ikan keli, dedak ikan dan keperluan-keperluan lain. Hasil ternakan ikan keli ini akan dijual semula kepada Ko-Nelayan Sabah pada harga yang ditetapkan.

Pihak Agrobank mengadakan sesi lawatan ke Tapak Pembangunan Asnaf Aquapreneur Pusat Latihan Akuakultur Ko-Nelayan (KATC), Tuaran Sabah.

Iklan

"Projek ternakan ikan keli ini dijalankan di lokasi berbeza-beza mengikut lokaliti para peserta termasuk di Tuaran, Kota Belut, Papar, Beaufort dan Keningau. Seramai tiga orang peserta telah berjaya menunjukkan hasil ternakan secara optimum," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Sumbangan berkenaan disampaikan ketika sesi lawatan ke tapak Program Pembangunan Asnaf Aquapreneur di Pusat LatihanAkuakultur Ko-Nelayan (KATC).

Iklan

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Shariah Agrobank, Azizi Che Seman; Ketua Jabatan Agrobank ACE, Rosli Jusoh; Ketua Jabatan Shariah, Hishamuddin Abdul Hamid; Pengurus Besar Ko-Nelayan Sabah, Yusof Ag dan Timbalan Pengurus Besar Ko-Nelayan Sabah, Salleh Obong.

Dalam pada itu, Tengku Ahmad menjelaskan, program keusahawanan berstruktur yang dilaksanakan adalah salah satu usaha Agrobank dalam membasmi masalah kemiskinan dengan membuka peluang pekerjaan kepada para belia untuk menceburi sektor perikanan.

"Hasil ternakan ikan keli yang dijual semula dapat membantu meningkatkan tahap pendapatan mereka untuk menyara keperluan, di samping kos sara hidup yang kian meningkat.

"Pihak Agrobank mensasarkan peningkatan pendapatan para peserta sebanyak hampir RM2,000 bagi setiap satu pusingan ternakan ikan iaitu selama tiga bulan,”katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!