Mohd Rowi dilantik penolong pengurus KDN FC

Iklan
KDN FC melantik Pengarah Urusan Eniq World Group, Mohd Rowi (kiri) sebagai penolong pengurus pasukan Liga Super.

KELANTAN Darul Naim FC (KDN FC) melantik Pengarah Urusan Eniq World Group, Datuk Mohd Rowi Dollah sebagai penolong pengurus pasukan Liga Super.

Pengumuman itu dibuat Presiden KDN FC, Rozi Muhamad pada satu majlis yang berlangsung ringkas di pejabat pasukan itu.

Iklan
Iklan

"Dengan pengalaman yang dimiliki semasa bersama KAFA (Persatuan Bola Sepak Kelantan) sebelum ini membolehkan beliau menggalas tanggungjawab itu dengan sebaik mungkin," katanya.

Sementara itu, Mohd Rowi menzahirkan rasa terima kasih kepada KDN FC atas kepercayaan yang diberikan itu.

Iklan

"Insya-ALLAH, tugas yang diamanahkan ini akan saya galas dengan sebaik mungkin demi memastikan kejayaan buat pasukan Sang Kijang Emas pada saingan Liga Malaysia musim ini," katanya.

Mohd Rowi memberitahu, beliau berikrar akan membantu KDN FC menjadi sebuah kelab yang disegani sekali gus mencapai semua misi serta visi yang ditetapkan.

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!