Sungai Cacing Tasik Kenyir tarikan baharu kaki pancing
Iklan
Sungai Cacing di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu antara tarikan baharu buat penggemar aktiviti memancing. Gambar kecil: Abd Aziz
HULU TERENGGANU - Penggemar aktiviti memancing kini berpeluang meneroka lokasi baharu untuk merehatkan minda di Sungai Cacing, Tasik Kenyir yang telah dibuka kepada orang ramai bermula minggu ini.
Pengerusi Persatuan Pelancongan Tasik Kenyir, Abd Aziz Abd Rahim berkata, Sungai Cacing yang merupakan satu daripada empat sungai yang terletak di kawasan Taman Negara Terengganu menjadi lokasi impian kaki pancing.
Iklan
Iklan
Menurutnya, mereka yang arif mengenai selok-belok kawasan itu sudah tentu mengetahui kelebihan sungai ini yang menjadi idaman kaki pancing.
"Jadi, dengan pembukaan kawasan ini ia dijangka menarik lebih ramai kaki pancing untuk berkunjung ke Tasik Kenyir," katanya ketika ketika ditemui pemberita pada Selasa.
Iklan
Bagaimanapun, Abd Aziz berkata, mereka yang mengunjungi kawasan itu perlu mematuhi peraturan ditetapkan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) bagi memastikan kelestarian khazanah alam di sungai berkenaan dapat terus dikekalkan.
"Kita akan bekerjasama bagi mempromosikan lagi tempat ini kepada orang ramai termasuk kepada pengusaha dan pengunjung.
Iklan
"Bagaimanapun pengunjung yang ingin masuk ke sini perlu patuhi peraturan ditetapkan Taman Negara Terengganu dan pihak Perhilitan apabila seperti membeli permit memancing dan sebagainya," katanya.
Sementara itu, pengusaha bot, Sulong Mustafa berkata, pembukaan Sungai Cacing menjadi salah satu tarikan baharu sekali gus akan merancakkan kegiatan pelancongan di kawasan itu.
"Kami berterima kasih kepada pihak Taman Negara Terengganu dan Perhilitan kerana membenarkan pembukaan Sungai Cacing untuk aktiviti memancing.
"Sebagai pemain dalam sektor ini, kita akan membantu dalam mempromosikan produk ini kepada pengunjung," katanya.
Pengunjung yang berminat untuk meneroka Sungai Cacing dikenakan caj RM1 untuk permit masuk bermula jam 8 pagi hingga 5 petang manakala permit kamera bernilai RM5 dan permit pancing pula RM10 untuk satu joran.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Pelantikan ADUN wakil parti Gerakan dibuat hari pertama Sidang DUN - Ahmad Samsuri"><meta itemprop="description" content="Proses pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan mewakili kaum Cina daripada Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) akan dilaksanakan pada hari pertama Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada 16 November ini.
​Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, langkah itu bagi membolehkan wakil tersebut mengangkat sumpah dan seterusnya mengambil bahagian dalam perbahasan pembentangan belanjawan kerajaan negeri.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/804122/edisi/terengganu/pelantikan-adun-wakil-parti-gerakan-dibuat-hari-pertama-sidang-dun---ahmad-samsuri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ADUN #Gerakan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-11T08:47:17.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gqMrA1gz2kLJ7XcK6/x1080"><meta itemprop="duration" content="P70S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvp4cq"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvp4cq"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvp4cq"></script>