[VIDEO] MB 'mengamuk' pencemaran operasi kilang punca pokok mati

Iklan

SEREMBAN - Busuk sehingga menyesakkan nafas. Begitulah keadaan sebuah kilang di Batu 5, Jalan Jelebu, Mukim Pantai dekat sini yang dikesan menjalankan aktiviti peleburan besi secara haram sejak empat tahun lalu.

Lokasi premis yang agak tersorok itu terletak kira- kira 50 meter dari Sungai Linggi dan 400 meter dari Empangan Sungai Terip.

Iklan
Iklan

Ia dikesan dalam serbuan bersepadu Ops Toksid yang melibatkan 100 anggota terdiri daripada Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia Negeri Sembilan, Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Majlis Bandaraya Seremban pada Khamis

Lebih membimbangkan apabila pemeriksaan mendapati terdapat kesan pencemaran yang menyebabkan pokok-pokok di kawasan belukar di sekitar 150 meter radius di situ telah mati.

Iklan

Malah aktiviti tersebut dibimbangi memberi kesan kepada pencemaran Sungai Linggi yang menjadi sumber air kepada lebih 200,000 penduduk.

Aminuddin (kanan) melakukan tinjauan di sebuah kilang yang menjalankan peleburan besi secara haram

Iklan

Aminuddin (tiga dari kiri) meninjau operasi sebuah kilang yang didapati tidak mengikut SOP ditetapkan

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun yang turut serta meninjau kawasan terbabit nyata terkejut dan kecewa dengan aktiviti terbabit yang boleh memudaratkan kesihatan penduduk.

"Saya difahamkan operasi premis ini bermula sejak 2020 lagi di atas tanah berstatus pertanian," katanya kepada pemberita pada Khamis.

Keadaan air yang tercemar akibat daripada aktiviti di kilang berhamliran. Pokok-pokok yang mati di kawasan berhampiran kilang

Ujarnya, ia didalangi dua lelaki tempatan manakala pekerjanya terdiri daripada warga Myanmar, China dan Nepal.

Tambahnya, pemilik premis dipercayai telah melakukan lapan kesalahan utama dan tindakan tegas akan diambil.

"Hasil pemeriksaan di empat premis itu berjaya menahan 37 warga Myanmar, lapan lelaki warga China, tiga lelaki dari Nepal dan dua lelaki warga tempatan.

"Kesalahan dilakukan mengikut Seksyen 34A Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 kerana gagal mengemukakan laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar

Aminuddin (tengah) mendengar penjelasan daripada pemilik premis terbabit

(ElA) bagi aktiviti pelupusan atau pengendalian sisa buangan.

"Buat masa ini kami juga melihat mereka melanggar Seksyen 34B Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 kerana menjalankan kegiatan pelupusan sisa secara haram. Seksyen 127 Kanun Tanah Negara Akta 828 (Melanggar Syarat Nyata Tanah).

"Selain itu tiada dokumen perjalanan sah, salah guna pas dan pas melebihi tempoh perjalanan mengikut Akta Imigresen 1959/1963 serta Seksyen 53 (1) UUK Pelesenan dan Seksyen 70 (1) Akta Jalan Parit dan Bangunan," katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta semua agensi menyelesaikan siasatan dengan segera dan memastikan tindakan tegas dapat diambil sekali gus memastikan ia tidak berulang.

Katanya, pihak berkuasa tempatan perlu menyemak terlebih dahulu sesebuah kilang dan operasinya sebelum meluluskan sebarang permohonan lesen.

"Kilang-kilang lain pun tidak akan terlepas jika didapati melakukan kesalahan sebegini kerana kesannya cukup berat kepada masyarakat," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!