Anak MB Perlis mengaku tidak bersalah kemuka tuntutan palsu

Iklan

BERITA SEMASA 23 MEI 2024

Anak Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kangar pada Khamis atas pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu bernilai RM19,505.10 pada Februari lalu, lapor wartawan Sinar Harian Roshila Murni Rosli.

Iklan
Iklan

Tertuduh, Mohd Syafeeq Mohd Shukri, 35, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Norsalha Hamzah.

Mengikut pertuduhan, pada 19 Februari lalu, di Pejabat Bahagian Pentadbiran Daerah, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Kangar, tertuduh telah memberi kepada seorang ejen iaitu Nurul Nabilah Mohd Sukri yang bertugas sebagai Pembantu Tadbir di Bahagian Pentadbiran Daerah, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, dengan niat untuk memperdayakan prinsipalnya, satu dokumen iaitu Pesanan Kerajaan (Bekalan Perkhidmatan) Kerajaan Negeri Perlis No. Dokumen 24AYPT0300022 bertarikh 14 Februari berjumlah RM19.505.10 atas nama Mohd Farid Abdul Hamid.

Iklan

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/666239/berita/semasa/anak-mb-perlis-mengaku-tidak-bersalah-kemuka-tuntutan-palsu

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

Iklan

#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #Perlis #AnakMBPerlis