PATI Indonesia aktif edar dadah di Perak dicekup
Iklan
Mohd Yusri (tengah) menunjukkan dadah jenis heroin yang dirampas pada sesi sidang media di IPK Perak, Ipoh hari ini. Foto Bernama
IPOH - Seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan selepas disyaki terlibat dengan sindiket pengedaran dadah di sebuah rumah di Langkap, Teluk Intan, pada Isnin.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, lelaki warga Indonesia berusia 40 tahun itu ditahan dalam serbuan yang dijalankan pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak.
Iklan
Iklan
"Hasil pemeriksaan menjumpai beg beroda yang mengandungi 20 peket plastik disyaki dadah jenis heroin seberat 9.01 kilogram yang dianggarkan bernilai RM110,000.
"Ujian saringan air kencing telah dijalankan dan mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini pada Khamis.
Iklan
Menurut beliau, suspek dipercayai aktif dalam aktiviti pengedaran dadah sejak Mac lalu untuk pasaran tempatan sekitar Perak.
"Jumlah dadah yang dirampas ini boleh digunakan untuk lebih 11,000 penagih dadah.
Iklan
"Suspek direman selama tujuh hari sehingga Isnin depan untuk siasatan bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Walaupun motosikal yang ditunggang tidak memenuhi spesifikasi ditetapkan, dua anggota polis trafik dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang tetap tampil membantu atas dasar kemanusiaan dengan menunda sebuah motosikal Yamaha RX-Z yang mengalami kerosakan sejauh tiga kilometer (km), lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Sarjan Yufaiza Azha Yunos, 41, berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 petang pada Isnin di Jalan Marang-Bukit Payung (Bukit Kor) berhampiran sebuah universiti swasta yang tidak berpenghuni.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/768511/berita/semasa/abang-trafik-tunda-3km-rxz-rosak
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.