Bekas setpol Hamzah mengaku tak salah terima rasuah

Iklan
BERITA SEMASA 23 MEI 2024

Bekas Setiausaha Politik kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis, atas dua pertuduhan menerima suapan RM350,000 pada empat tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.

Sayed Amir Muzzakkir Al Sayed Mohamad, 42, hadir dengan memakai kot berwarna biru gelap membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Azura Alwi.

Mengikut dua pertuduhan, lelaki itu didakwa menerima wang rasuah itu daripada seorang pengarah syarikat sebagai upah bagi mendapatkan tender pembekalan alat baiki untuk Polis Diraja Malaysia, Kementerian Dalam Negeri berjumlah RM381 juta, di sebuah pejabat Yayasan di Solaria di sini pada 2020 lalu.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/666229/berita/semasa/bekas-setpol-hamzah-zainuddin-didakwa-terima-rasuah-rm350000

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #HamzahZainudin #Setpol #SetiausahaPolitik #SPRM