Hati-hati beli kereta import terpakai

Iklan
Gambar hiasan

PUTRAJAYA - Masyarakat diingatkan agar berhati-hati ketika membuat pembelian kereta import terpakai agar tidak mudah tertipu dengan tawaran peniaga yang tidak bertanggungjawab.

Pengasas SCRUT, Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin berkata, antara penipuan yang sering dilakukan semasa urusniaga kenderaan import terpakai adalah penipuan odometer, kenderaan kemalangan dan bencana seperti banjir.

Iklan
Iklan

"Kebanyakan peniaga tidak memaklumkan kepada pengguna mengenai keadaan sebenar kenderaan itu walaupun dari segi luaran ia kelihatan elok tanpa ada sebarang kesan cacat cela," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Ujar beliau, pengguna kebiasaannya terpukau dengan tawaran harga walaupun ia diletakkan pada harga tidak masuk akal.

Iklan

"Sudah berdekad lamanya pembeli kereta ditipu ketika memberi kenderaan terpakai oleh kapitalis jahat," dakwa Ahmad Aliff.

Menurutnya, pengguna seharusnya bersifat lebih bijak dengan membuat semakan terperinci terhadap kenderaan sebelum meneruskan urus niaga.

Iklan

"Peniaga semestinya memberikan nombor casis kenderaan untuk disemak sejarahnya termasuk tuntutan insurans yang pernah dibuat sebelum ini bagi membuktikan kualiti kenderaan," jelasnya yang mengasaskan SCRUT bersama Nik Muhammad Izwan Nik Mohd Kamel.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!