Projek Qubaz Suites sedia 70 peratus kuota bumiputera

Iklan
Wan Sukairi mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Pangsapuri Perkhidmatan 30 Tingkat (Qubaz Suites@Kuala Terengganu).

KUALA TERENGGANU - Pembangunan projek Qubaz Suites di tengah bandar di sini menyediakan kuota tidak kurang 70 peratus kepada golongan bumiputera.

Exco Kerajaan Tempatan dan Perumahan Terengganu, Datuk Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, projek tersebut berpotensi untuk meningkatkan jumlah pegangan hartanah bumiputera di dalam kawasan bandar.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pelaksanaan projek dengan unit 'Airbnb' itu akan menjana pendapatan pasif kepada pembeli seterusnya meningkatkan pendapatan bumiputera.

"Pangsapuri ini memiliki 759 unit dan harga jualan yang ditawarkan bermula dari RM379,500 sehingga RM720,100 seunit.

Iklan

"Kerajaan Negeri telah meletakkan syarat kuota bumiputera di dalam projek ini adalah tidak kurang daripada 70 peratus daripada jumlah unit yang dibina," katanya.

Wan Sukairi (dua dari kanan) ketika meninjau rumah contoh sempena Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Pangsapuri Perkhidmatan 30 Tingkat (Qubaz Suites@Kuala Terengganu).

Beliau berkata demikian semasa sidang akhbar sempena Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Pangsapuri Perkhidmatan 30 Tingkat (Qubaz Suites@Kuala Terengganu) di sini, pada Selasa.

Iklan

Qubaz Suites yang merupakan pangsapuri perkhidmatan dibina di atas tanah berkeluasan 5,868 meter persegi di pusat bandar di sini dengan tempoh pembinaan dijangka siap selama 48 bulan.

Wan Sukairi berkata, projek tersebut juga dilihat mampu melonjakkan pendapatan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).

"Melalui pembangunan secara usahasama ini, MBKT akan mendapat pulangan sebanyak RM22.5 juta dalam bentuk tunai dan pemilikan hartanah di Qubaz Suites.

"Setelah projek ini siap dan beroperasi, MBKT dijangka akan menambahkan pendapatan sebanyak RM1 juta setahun melalui cukai pintu, bayaran lesen dan bayaran-bayaran per unit.

"Dengan adanya peningkatan pendapatan ini, sudah tentu MBKT akan dapat memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat,” ujarnya.

Projek Qubaz Suites@Kuala Terengganu menawarkan tiga jenis pilihan rumah iaitu jenis studio dengan keluasan 388 kaki persegi (184 unit), jenis dua bilik dengan keluasan 506 kaki persegi (552 unit) dan jenis tiga bilik dengan keluasan 753 kaki persegi (23 unit).

Ujarnya, projek tersebut melibatkan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) berjumlah RM278.1 juta sementara Kos Pembangunan Kasar (GDC) pula berjumlah RM178 juta.

"Pada peringkat awal tapak pangsapuri ini menjadi premis perniagaan milik MBKT yang disewakan.

"Bagaimanapun, disebabkan keadaan fizikal bangunan yang semakin uzur, kerajaan memikirkan perlu lakukan pembaharuan bagi memajukan lagi kawasan itu,"ujar beliau.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!