‘Content’ bersahaja tarik minat umat Islam ke Madinah, Makkah

Iklan
Jalil sering berkongsi mengenai suasana di sana yang mana sedikit sebanyak dapat menanamkan sifat ingin pergi ke Tanah Suci tanpa rasa takut terutama kepada generasi muda.

SHAH ALAM - Seorang pempengaruh, Abd Jalil Abd Razak mengakui kandungan di media sosialnya memberi jaminan untuk memudahkan umat Islam menunaikan ibadah umrah.

Abd Jalil, 39, telah menunaikan ibadah umrah sebanyak tiga hingga empat kali dalam setahun.

Iklan
Iklan

Pengguna TikTok pasti sudah mengenalinya kerana boleh dikatakan setiap video di platform berkenaan hanya mengisahkan tentang Madinah dan Makkah.

Dia yang lebih mesra dipanggil Jalil berkata, perkongsiannya mengenai suasana di sana sedikit sebanyak dapat menanamkan sifat ingin pergi ke Tanah Suci tanpa rasa takut terutama kepada generasi muda.

Iklan

"Saya selalu buat video perkongsian pergerakan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Jeddah dan berjalan ke lokasi terpilih itu dapat membuka lagi hati umat Islam untuk ke sana.

"Tak kira muda ataupun sudah berumur, janji mereka akan terdetik di hati untuk menziarahi Nabi Muhammad SAW dan sudi menjadi tetamu ALLAH SWT selepas menonton video saya,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Iklan
Setiap perkongsian Jalil mampu memberi peluang kepada umat Islam bahawa semua orang boleh menjejakkan kaki di syurga dunia walaupun tidak tahu membaca al-Quran.

Jalil yang berniaga sendiri itu turut menjelaskan, setiap perkongsian tersebut mampu memberi peluang kepada umat Islam bahawa semua orang boleh menjejakkan kaki di syurga dunia walaupun tidak tahu membaca al-Quran.

Tambahnya, ibadah umrah tidak susah seperti yang dihebahkan kepada orang ramai terutama perlu menjadi baik terlebih dahulu.

Ditanya mengenai pengalaman yang tidak boleh dilupakan, Jalil menceritakan dia dikhabarkan yang isterinya tidak boleh mengandung kerana rahim tidak kuat.

Katanya lagi, dengan kuasa ALLAH SWT, isterinya telah melahirkan cahaya mata perempuan pertama selepas menanti selama 12 tahun.

"Ini pengalaman yang paling saya akan ingat kerana ALLAH SWT sudah angkat doa kami berdua yang nak anak perempuan dari dulu,” ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!