2 pemancing masih hilang: Muhammad Ridzuan dan Mohd Rozi mungkin hanyut di Lumut

Iklan
Ahli keluarga tidak dapat menahan kesedihan susulan penemuan satu mayat daripada tiga pemancing hilang di perairan Hutan Melintang, Perak, semalam. Foto Bernama

KLANG - Dua pemancing yang masih hilang selepas bot dinaiki mereka karam dilambung ombak kira-kira setinggi empat meter pada Ahad lalu dipercayai hanyut sehingga ke perairan Lumut, Perak.

Pegawai Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Leftenan (M) Mohd Syafiq Sazali berkata, jangkaan itu dibuat berdasarkan keadaan semasa operasi pencarian serta penemuan mayat salah seorang mangsa, Mohd Shahril Abd Rahman, 43, di perairan Hutan Melintang Perak pada Rabu.

Iklan
Iklan

"Jarak mayat tersebut ditemui dengan lokasi hilang di perairan One Fathom Bank adalah 103.71 kilometer.

Mohd Syafiq berkata, susulan perkembangan itu, pencarian dari udara diperluaskan dari perairan Bagan Nakhoda Omar sehingga ke Lumut, Perak.

Iklan

Maritim Malaysia melaksanakan operasi SAR pemancing yang dilaporkan hilang di sekitar perairan One Fathom Bank.

ARTIKEL BERKAITAN:  Mayat dipercayai pemancing hilang ditemukan memakai jaket keselamatan, diikat pada tong

Iklan

Mayat pemancing ditemui terapung disahkan Mohd Shahril

‘Berdasarkan bentuk badan, pakaian itu memang arwah Shahril’

Bot dinaiki tujuh pemancing dipercayai terbalik akibat ribut, ombak kuat

Suasana hiba di jeti, keluarga buat pengecaman mayat pemancing

Pegawai polis memberi penerangan kepada ahli keluarga tiga pemancing yang dilaporkan hilang sebelum proses pengecaman mayat melalui gambar.

"Bagi pencarian di laut pula, ia melibatkan dua kapal Maritim Malaysia dan sebuah bot Pasukan Polis Marin (PPM) dari kawasan One Fathom Bank sehingga Tanjong Karang.

"Pencarian turut dibantu pasukan Bantuan Nasional Pencarian dan Pertolongan Indonesia bagi mengesan mangsa di perairan dalam sempadan negara jiran,” katanya.

Mohd Syafiq berkata, setakat ini operasi pencarian belum menggunakan dron, manakala keadaan jerebu dan laut bergelora menjadi antara cabaran utama pasukan penyelamat.

Untuk rekod, dua lagi mangsa yang masih belum ditemui ialah Muhammad Ridzuan Ruhaizat, 37 dan Raja Mohd. Rozi Raja Mohamud, 49.

Pada Rabu media melaporkan mayat seorang lelaki yang ditemui diikat pada tong serta memakai jaket keselamatan di perairan Hutan Melintang, Perak disahkan sebagai Mohd. Shahril.

Mangsa dikenal pasti berdasarkan pakaian iaitu baju-T lengan panjang berwarna gelap serta bentuk telinga.