Persediaan ternakan korban

Iklan
Penternak Ubaidillah Rosli, 32, memantau keadaan lembu yang sudah ditempah pelanggan untuk ibadah korban ketika tinjauan foto Bernama di ladang ternakannya di Kampung Bukit Langsat dekat Kuala Krai hari ini.

Aidiladha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan terbesar selain Aidilfitri yang diraikan oleh umat Islam di seluruh dunia.

Antara amalan yang dianjurkan kepada umat Islam ketika Hari Raya Aidiladha adalah ibadah korban bagi mereka yang berkemampuan sebagai tanda syukur kepada ALLAH SWT.

Kebiasaannya, masjid dan rumah sembelihan akan mula menyembelih haiwan korban pada pagi Raya seusai solat sunat Aidiladha didirikan.