Kembalikan semula bantuan uniform pelajar Orang Asli

Iklan
Majid (tiga dari Kiri) menyerahkan cenderamata kepada Ajis sempena perasmian mesyuarat persatuan terbabit di Bentong pada Ahad.

BENTONG - Kerajaan diminta mengembalikan semula bantuan uniform pelajar Orang Asli di negara ini bagi meringankan beban ibu bapa masyarakat tersebut.

Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Ajis Sitin berkata, sehingga kini terdapat kira-kira 39,000 hingga 40,000 pelajar Orang Asli di seluruh negara.

Iklan
Iklan

Menurutnya, setakat ini hanya murid Tahun Satu dan Tingkatan Satu diberi bantuan uniform berbanding sebelum itu semua murid mendapat kemudahan berkenaan.

"Ini menyebabkan murid Tahun Dua hingga Lima perlu membeli sendiri uniform yang membebankan ibu bapa, maklum la sekarang uniform lengkap pun harganya lebih RM100 sepasang," katanya.

Iklan

Beliau berkata sedemikian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia ( POASM) di The WaterWay Villa, Bukit Tinggi di sini pada Ahad.

Hadir sama Presiden POASM, Majid Suhut.

Iklan

Beliau yang juga bekas Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli ( JAKOA) berharap isu itu mendapat perhatian serius kerajaan demi masa depan anak-anak Orang Asli di negara ini.

"Tiba-tiba bantuan ini dihentikan dan saya minta kerajaan sambung balik, tak banyak kos kira-kira RM10 juta tapi nampak enteng tapi kami di hulu sana susah nak dapat," jelas beliau.

Tambah Ajis lagi, lebih 230,000 masyarakat Orang Asli daripada 18 suku di negara ini masih memerlukan dan bergantung kepada kerajaan bukan sahaja dalam sektor pendidikan tetapi juga ekonomi, sosial dan kemasyarakatan.

Dalam perkembangan berkaitan Ajid berkata, Pembangunan prasarana Ulu Jelai, Ulu Perak dan Ulu Kelantan perlu ditingkatkan kerana menjadi katalis kemajuan kepada masyarakat Orang Asli.

"Sebagai contoh perkampungan Orang Asli di Ulu Kelantan boleh dilalui jalan balak hanya lapan bulan setahun dan menjadi sukar pada musim tengkujuh," jelasnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!