Pelajar UMT maut, rakan parah MPV terbabas di LPT2

Iklan
Keadaan Produa Alza yang dinaiki penuntut UMT selepas terbabit kemalangan Kilometer 312.4 Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2), dekat Kijal, di Kemaman pada petang Jumaat. Gambar kecil: Muhamad Fathol Harris

KEMAMAN - Seorang pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT) maut manakala tiga rakannya parah selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka terbabas di Kilometer 312.4 Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2), dekat Kijal pada petang Jumaat.

Kejadian berlaku kira-kira jam 5.20 petang itu menyebabkan mangsa, Muhamad Fathol Harris Muhamad Asri, 21, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, tiga lagi rakan mangsa yang parah ialah Ignatius Suren Santhanasamy, 21; Noramirah Syahirah Abdullah, 21, dan Nur Farah Shakirah Mohd Hishamudin, 23.

Menurutnya, kemalangan itu turut menyebabkan dua lagi rakan mangsa, Nur Mazni Andri dan Azira Adriana Natasha Amirul Faris masing-masing berusia 21 tahun mengalami kecederaan ringan.

Iklan

"Ketika kejadian, kesemua mangsa yang merupakan pelajar tahun pertama universiti itu dalam perjalanan pulang ke kampus di Gong Badak, Kuala Nerus dari Kuantan selepas selesai menyertai kerja kursus di Rumah Perlindungan Jagaan dan Rawatan Casa Femina, Taman Tok Sira Kuantan

"Nahas berlaku apabila Perodua Alza dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik menyebabkan kesemua mangsa tercampak keluar dari kenderaan," katanya di sini pada Sabtu.

Iklan

"Mayat mangsa yang berasal dari Sungai Semambu Bagan Serai, Perak itu dihantar ke Bilik Forensik Hospital Kemaman untuk bedah siasat manakala mangsa yang cedera menerima rawatan lanjut di hospital yang sama," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!