Lelaki maut selepas pengsan ketika sertai program larian

Iklan
Seorang lelaki berusia 42 tahun meninggal dunia selepas pengsan ketika menyertai program larian.

PUTRAJAYA - Seorang lelaki berusia 42 tahun meninggal dunia selepas pengsan ketika menyertai program larian di sini pada Ahad.

Mangsa, Mohd Fazimin Shahidan, dikejarkan menggunakan ambulans ke Hospital Putrajaya sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 6.54 pagi.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed dalam kenyataannya memaklumkan, hasil semakan awal mendapati mangsa tidak mempunyai sebarang sejarah penyakit.

“Bedah siasat dijalankan di Hospital Putrajaya bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya.

Iklan
Iklan