Penduduk gotong royong pasang paip atasi masalah bekalan air
Iklan
Mohd Husaimi (tengah) melihat pemasangan paip poli ketika meninjau kawasan yang mengalami gangguan bekalan air pada Jumaat.
BESUT - Penduduk kampung bersama agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) bergotong royong bagi memasang paip poli sejauh kira-kira 2 kilometer di Kampung Baru, Lata Tembakah dekat sini bagi mengatasi masalah bekalan air.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Besut, Mohd Husaimi Hussin berkata, inisiatif itu diambil membantu penduduk yang terpaksa berulang alik mengangkut bekalan air bersih dari sungai berhampiran untuk keperluan harian.
Iklan
Iklan
Menurutnya, bekalan air bersih itu diperoleh dari tangki takungan Taman Eko Rimba Lata Tembakah.
"Kita tidak salurkan air ini terus ke paip setiap rumah sebaliknya disalurkan ke tangki bekalan air secara berpusat," katanya ketika ditemui di Kampung Baru, Lata Tembakah pada petang Jumaat.
Iklan
Mohd Husaimi menunjukkan bekalan air yang telah disalurkan melalui sungai berhampiran ke kawasan terjejas.
Jelas beliau, usaha pemasangan paip itu dibantu oleh Pejabat Hutan Renj Besut, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), Alternatif Riding Club (ARC), Jabatan Amal dan badan bukan kerajaan (NGO) Betis Karat.
Katanya, kerja-kerja pemasangan paip poli melibatkan kos kira-kira RM10,000 itu sebagai langkah awal sementara menunggu bekalan air bersih luar bandar daripada Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU).
Iklan
"Setakat ini SATU menyediakan lima tangki air statik untuk penduduk mengambil bekalan air bersih secara harian.
"Kita jangka projek bekalan air luar bandar akan dijalankan penghujung bulan Ogos dan disiapkan pada Oktober depan," ujarnya.
Sebelum ini Sinar Harian melaporkan penduduk di Kampung Baru, Lata Tembakah terpaksa mandi dan mencuci pakaian di sungai kerana sumber air telaga telah kering susulan cuaca panas melanda ketika ini.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Pelantikan ADUN wakil parti Gerakan dibuat hari pertama Sidang DUN - Ahmad Samsuri"><meta itemprop="description" content="Proses pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan mewakili kaum Cina daripada Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) akan dilaksanakan pada hari pertama Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada 16 November ini.
​Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, langkah itu bagi membolehkan wakil tersebut mengangkat sumpah dan seterusnya mengambil bahagian dalam perbahasan pembentangan belanjawan kerajaan negeri.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/804122/edisi/terengganu/pelantikan-adun-wakil-parti-gerakan-dibuat-hari-pertama-sidang-dun---ahmad-samsuri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ADUN #Gerakan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-11T08:47:17.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gqMrA1gz2kLJ7XcK6/x1080"><meta itemprop="duration" content="P70S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvp4cq"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvp4cq"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvp4cq"></script>