Mohd Khairul Ridzuan azam bantu lebih ramai mualaf buang tatu
Iklan
Mohd Khairul Ridzuan (kiri) dan Che Wan Atika Putri bersama trofi dimenangi mereka pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Terengganu di Payang Walk pada Jumaat malam. Foto Bernama
KUALA TERENGGANU - [DIKEMAS KINI] Pemenang tempat pertama Anugerah Perdana Belia Peringkat Negeri Terengganu 2024 kategori individu lelaki Mohd Khairul Ridzuan Muhammad berazam untuk membantu lebih banyak golongan mualaf mendapatkan khidmat buang tatu secara percuma.
Mohd Khairul Ridzuan, 34, berkata, beliau memulakan inisiatif itu pada 2017 dengan bantuan majikannya yang memiliki rangkaian pusat kesihatan dan kecantikan di beberapa negeri.
Iklan
Iklan
"Kempen ini saya dah buat sejak 2017. Tujuannya untuk bantu golongan mualaf beribadah dengan lebih baik, yakin dan bersemangat.
"Setakat ini hampir 100 mualaf dah dapatkan perkhidmatan ini secara percuma. Saya akan teruskan program ini untuk membantu lebih ramai saudara baharu.
Iklan
Proses buang tatu ini dijalankan oleh ahli profesional menggunakan laser. Ia tidak bahaya..bergantung kepada keadaan dan jenis tatu," katanya ketika ditemui pada Anugerah Perdana Belia Peringkat Negeri Terengganu 2024 di Payang Walk, di sini malam tadi.
Anugerah disampaikan Pengarah Pembangunan Negeri Terengganu, Abdul Kahar Abdul Latif.
Iklan
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri Terengganu, Hishamuddin Abdul Karim.
Mohd Khairul Ridzuan membawa pulang hadiah piala pusingan, sijil penganugerahan dan wang tunai RM3,000.
Johan kategori individu wanita, Che Wan Artika Putri Che Wan Rashid, 26, pula berkata, anugerah berkenaan akan menjadi penyuntik semangat untuk beliau terus menabur bakti dalam bidang kesukarelawan.
Menurut beliau sepanjang lapan tahun pembabitan, pelbagai misi kesukarelawan di dalam dan luar negara telah disertai bagi membantu golongan yang memerlukan.
"Saya baru sahaja pulang dari Narathiwat untuk misi penghantaran bantuan makanan dan barangan keperluan kepada golongan miskin.
"Sebahagian dana adalah daripada syarikat saya sendiri dan ada juga daripada sumbangan pihak lain. Insya-ALLAH program bantuan ini akan dilaksanakan secara berterusan ke tempat lain yang memerlukan," katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Belia Negeri Terengganu.
Che Wan Atika juga membawa pulang piala pusingan, sijil penganugerahan dan wang tunai RM3,000.
Satu lagi kategori dipertandingkan iaitu Pertubuhan Belia dimenangi oleh Kelab Belia Kampung Gunung yang membawa pulang piala pusingan, sijil penganugerahan dan wang tunai RM10,000. - Bernama
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Lima nelayan berdepan detik cemas apabila bot yang dinaiki mereka dirempuh sebuah bot lain ketika sedang berlabuh kira-kira 33 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, awal pagi Isnin.
​Tekong bot, Mamat Abdullah, 79, dari Kampung Batin, Kuala Nerus berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 pagi ketika dia bersama empat awak-awak sedang berehat sementara menunggu untuk pulang ke daratan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803090/edisi/terengganu/bunyi-dentuman-kuat-rupanya-bot-dirempuh-nelayan-asing
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.