MPM sahkan 17 atlet sambar tiket ke Paralimpik Paris 2024

Iklan
Shahriman (enam dari kiri) bergambar kenangan selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Majlis Paralimpik Malaysia bersama Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia dan Special Olympics Malaysia di Pusat Kecemerlangan Paralimpik Kampung Pandan pada Jumaat.

SERAMAI 17 atlet negara meraih tiket ke Sukan Paralimpik Paris 2024 bermula 28 Ogos hingga 8 September ini, kata Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin.

Beliau berkata, jumlah keseluruhan kontinjen negara dijangka diketahui pada 20 Jun ini kerana beberapa atlet lagi sedang berusaha untuk mengesahkan tiket ke temasya berkenaan.

Iklan
Iklan

"Sasaran kita adalah 24 atlet layak ke Paris dengan sasaran pingat kami kekal empat pingat emas. Antara yang sudah layak adalah menerusi sukan berbasikal trek, badminton, boccia, olahraga, memanah, renang dan powerlifting," katanya ketika ditemui pemberita pada Jumaat.

Kontinjen negara berpeluang menambah slot menerusi boccia, renang dan olahraga selepas Malaysia yang diwakili oleh 22 atlet pada Paralimpik Tokyo 2020 membawa pulang tiga pingat emas dan dua perak.

Iklan

Megat D Shahriman sebelum itu mewakili MPM untuk memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) tripartite bersama Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDeaf) dan Olimpik Khas Malaysia (SOM) untuk meningkatkan kerjasama dan suara bagi pergerakan sukan orang kurang upaya (OKU).

Susulan daripada persefahaman itu, ketiga-tiga badan berkenaan mahu menghantar kertas kerja kepada kerajaan mengenai cadangan pembangunan sukan OKU bagi tempoh lima hingga 10 tahun dalam masa terdekat.

Iklan

"Saya percaya 30 peratus daripada komuniti OKU adalah penggiat sukan. Kita mahu mereka diberi layanan sama dan tidak berasa mereka disisih," katanya.

MSDeaf dan SOM, masing-masing diwakili oleh Presidennya Ong Shin Ruenn dan Bong Koi Sin pada majlis tersebut. - Bernama


49 pasukan sahut cabaran TNB MJHL 2024

Dalam pada itu sebanyak 49 pasukan menyahut cabaran TNB Liga Hoki Remaja Malaysia (TNB MJHL) 2024 dalam kategori Divisyen 1, Divisyen 2 (Lelaki) dan Perempuan apabila masing-masing mengesahkan penyertaan yang mencatat penyertaan tertinggi sejak 2016.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Seri Anil Sandhu berkata, sambutan TNB MJHL pada tahun ini cukup meriah sekali gus mencatat jumlah penyertaan pasukan tertinggi.

Jelasnya, tiada sebarang sekatan atau had jumlah pemain dikenakan kepada mana-mana pasukan untuk menggunakan pemain kebangsaan dalam saingan kali ini.

"Ini adalah penyertaan pasukan tertinggi sejak 2016. Semua pemain remaja kebangsaan dibenarkan untuk beraksi di saingan liga ini tanpa sekatan.

"Bagi pasukan di Divisyen 1, seperti biasa, penglibatan pasukan adalah mengikut proses yang ditetapkan. MSSPP-PSHA dan SMIDIN-MSNT yang merupakan dua pasukan terbaik Divisyen 2 pada musim lalu telah dinaikkan beraksi di Divisyen 1 musim ini, manakala di dalam Divisyen 2 kita akan dapat saksikan penampilan beberapa pasukan baru,” katanya.

Kejohanan yang membuka tirai pada 24 Mei hingga 29 Jun ini, akan menyaksikan keseluruhan jumlah 174 perlawanan bakal berlangsung sepanjang kejohanan.

Bagi Divisyen 1 sebanyak 10 pasukan lelaki bakal berentap memburu kejuaraan dan bakal bermula pada 24 Mei dengan venue perlawanan berlangsung di laman rasmi masing-masing.

Sementara itu, 22 pasukan lelaki Divisyen 2 yang dibahagikan kepada dua Zon iaitu Zon Utara akan beraksi di Stadium Hoki Bertam, Pulau Pinang dan Zon Tengah di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, bermula 4 Jun ini.

Kategori perempuan melibatkan persaingan 17 pasukan di Divisyen 2 dan semua perlawanan akan berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, bermula 4 Jun ini.

Saingan edisi lalu menyaksikan SSTMI Thunderbolts muncul juara Divisyen 1 dan Piala TNB manakala Divisyen 2 menjadi milik MSSPP-PSHA sementara SSTMI-PKS UNITEN dinobatkan juara bagi kategori perempuan.

TNB MJHL 2024

DIVISYEN 1 (LELAKI)

1.SSTMI THUNDERBOLTS (SSTMI) JOHOR

2.SSBJ THUNDERBOLTS (STADIUM HOKI KPM) KUALA LUMPUR

3.AHP-MSP THUNDERBOLTS (STADIUM HOKI WISMA BELIA) PAHANG

4.PHJ/ MSNJ (STADIUM HOKI BATU PAHAT) JOHOR

5.ANDERSON THUNDERBOLTS (STADIUM SULTAN AZLAN SHAH) PERAK

6.SSBJ JUNIOR (STADIUM HOKI KPM) KUALA LUMPUR

7.SSTMI JUNIORS (SSTMI) JOHOR

8.AKADEMI HOKI MBPJ (KPM BANGSAR) KUALA LUMPUR

9.MSSPP-PSHA (STADIUM HOKI BERTAM) PULAU PINANG

10.SMIDIN-MSNT (STADIUM HOKI BATU BURUK) TERENGGANU

DIVISYEN 2 (ZON UTARA)

1.MSNS/PHS/SSMS (SABAH)

2.YOUNG LION THUNDERBOLT (PERLIS)

3.ANDERSON JUNIORS PERAK

4.JM HAWKS (PULAU PINANG)

5.PERSATUAN HOKI KEDAH DA (KEDAH)

6.MUTIARA IMPIAN YOUNG BOYZ-SSNPP (PULAU PINANG)

7.JM HAWKS BIOHYDRA (PULAU PINANG)

8.JM HAWKS ANTSBEES (PULAU PINANG)

9.SMKDLP (KEDAH)

10.STAR ANACONDA (PERAK)

DIVISYEN 2 (ZON TENGAH)

1. PPHT THUNDERBOLTS (SELANGOR)

2.TBSS-MSSMNS-PHNS (NEGERI SEMBILAN)

3.SSN PREDATOR BOYS (MELAKA)

4.MALACCA HIGH SCHOOL HT (MELAKA)

5.KUALA LUMPUR SIKH SPORTS AND RECREATION CLUB (KUALA LUMPUR)

6.R2SHC (NEGERI SEMBILAN(

7.KELAB HOKI PAYA RUMPUT (MELAKA)

8.NEGERI SEMBILAN (NEGERI SEMBILAN)

9.MALACCA HIGH SCHOOL JR (MELAKA)

10.KL CITY (KUALA LUMPUR)

11.HULU SELANGOR DEVELOPMENT (SELANGOR)

12.GR HIGHLANDER BOYS (PERAK)

DIVISYEN PEREMPUAN

1.SSTMI PKS UNITEN (JOHOR)

2.PAHANG SSNP-MSP (PAHANG)

3.KL CITY-KLSS (KUALA LUMPUR)

4.AKADEMI HOKI MBPJ (KUALA LUMPUR)

5.NEGERI SEMBILAN-MSNS (NEGERI SEMBILAN)

6.SOUTHERN/ PHJ/ MSNJ (JOHOR)

7.MUTIARA-MSSPP-PSHA-UNITEN (PULAU PINANG)

8.SSN PREDATOR GIRLS (MELAKA)

9.SMKSMAB/ PPDKS/ MSNK (KEDAH)

10.CS MUSTANG HT (KUALA LUMPUR)

11. SSN KEDAH (KEDAH)

11.JM HAWKS AURORAS (PULAU PINANG)

12.MSNS/PHS/SSMS SABA (SABAH)

13.SSN ZA’BA/ PHNS/ KPHA (NEGERI SEMBILAN)

14.GR HIGHLANDER BIRLS (PERAK)

15.RPS BRAVO (PERAK)

16.MSS SELANGOR GIRLS (SELANGOR)