Siasat secara terperinci kes serangan di Balai Polis Ulu Tiram - Musa

Iklan
Anggota polis forensik memeriksa lokasi kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram, pada Jumaat. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Siasatan terperinci dan menyeluruh daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) merupakan elemen penting bagi mengenal pasti motif serangan dilakukan seorang lelaki di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru pada awal pagi Jumaat.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, tindakan nekad lelaki bertopeng tersebut yang bersenjatakan parang menyerang anggota polis serta merampas dua laras senjata merupakan satu perbuatan jenayah serius dan berat.

Iklan
Iklan

Beliau yang juga Presiden Pertubuhan Keprihatinan Jenayah Komuniti Malaysia (MCCC) berkata, tindakan melampau dan agresif daripada lelaki tersebut perlu disiasat secara terperinci bagi mengenal pasti punca jenayah itu dilakukan.

Penasihat Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) itu berkata, tindakan agresif lelaki tersebut telah menyebabkan dua anggota polis terkorban, manakala seorang lagi anggota mengalami kecederaan dan kini mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI).

Iklan

"Apa yang pasti, pihak polis perlu mengenal pasti siapakah dia penyerang dalam kes ini?

"PDRM juga perlu mengetahui latar belakang penyerang tersebut dengan menghubungi rakan atau keluarga terdekatnya.

Iklan

"Semua langkah tersebut perlu dilakukan siasatan terperinci dan menyeluruh bagi mengetahui motif mengapa dia bertindak sedemikian," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Musa

Beliau berkata, setelah mengetahui latar belakang suspek dengan tepat, ia akan membawa pihak polis kepada petunjuk jelas.

Malah kata beliau, ia juga akan membantu pihak polis mengetahui suspek daripada kumpulan sindiket atau merupakan ahli pengganas.

"Ia pastinya akan memberi petunjuk jelas dan mengetahui sama ada suspek datang daripada kumpulan mana atau bertindak berseorangan di atas sebab-sebab tertentu," jelas beliau.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!