Sultan Nazrin berangkat ke majlis pemasyhuran Presiden KBGK

Iklan
Sultan Nazrin berkenan berangkat ke majlis Pemasyhuran Presiden Kelab Bakti Gunung Keledang (KBGK) 2020 malam tadi.

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke majlis Pemasyhuran Presiden Kelab Bakti Gunung Keledang (KBGK) 2020 di sini malam tadi.

Keberangkatan baginda diiringi Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Iklan
Iklan

Dalam majlis itu, bekas Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak, Datuk Abu Hasan Shaari, 68, dimasyhurkan sebagai Presiden kelab ke-34 menggantikan Syed Mohd Tahir Syed Azman.

Datuk Abu Hasan Shaari (kiri) dimasyhurkan sebagai presiden kelab ke-34 menggantikan Syed Mohd Tahir Syed Azman.

Keahlian kelab yang ditubuhkan sejak 1976 itu terdiri daripada pegawai kerajaan, ahli perniagaan, wakil politik dan golongan profesional.

Iklan

Menerusi program tanggungjawab sosial korporat yang digerakkan, KBGK berjaya menyiapkan sebuah dewan serba guna bagi kegunaan Rumah Anak-anak Yatim Darussalam dengan kos RM88,888.

Sebanyak RM65,000 pula berjaya dikumpul untuk disumbangkan kepada Masjid Al Muttaqin, Taman Meru.