Pusat Rawatan TH di Madinah dapat kelulusan permit

Iklan

BERITA SEMASA 16 MEI 2024

Pusat Rawatan Tabung Haji (TH) di Madinah buat tahun ketiga berturut-turut telah menjadi pusat rawatan jemaah haji luar negara pertama di Arab Saudi yang mendapat kelulusan permit beroperasi (Tasrih) oleh Kementerian Kesihatan Arab Saudi, lapor wartawan Sinar Harian, Riswandi Razak.

Iklan
Iklan

Ketua Rombongan Haji 1445H/2024, Datuk Seri Syed Salleh Syed Abdul Rahman berkata, kelulusan ini membolehkan TH membuka pusat rawatan dan beroperasi sepenuhnya bagi musim haji kali ini.

Menurutnya, kelulusan permit ini diberikan setelah pusat rawatan TH melalui pemeriksaan yang ketat, teliti dan rapi oleh Kementerian Kesihatan Arab Saudi.

Iklan

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/665102/berita/nasional/pusat-rawatan-th-di-madinah-dapat-kelulusan-permit

#SinarHarian #BeritaSemasa #Haji #ArabSaudi

Iklan