25 PATI sembunyi dalam timbunan kotak elak dicekup
Iklan
BUTTERWORTH - Cubaan sekumpulan pekerja warga asing bersembunyi di sebalik timbunan kotak gagal apabila mereka dicekup oleh petugas Jabatan Imigresen Malaysia Pulau Pinang yang menyerbu sebuah kilang memproses getah dan kertas kitar semula di Guar Petai, Tasek Gelugor di sini, semalam.
Jabatan berkenaan dalam kenyataan pada Khamis berkata, daripada 85 pekerja warga asing yang diperiksa dalam serbuan oleh Bahagian Penguatkuasa Imigresen sekitar pukul 12.30 tengah hari itu, 25 daripada mereka ditahan kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan berkaitan imigresen.