Sabah intai tiga mata di Kota Bharu

Iklan
Kim Swee

SABAH FC tekad memastikan isu ketumpulan penyudah diselesaikan menjelang kunjungan ke Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu berdepan Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) dalam aksi Liga Super 2024/25 pada Jumaat.

Pengendalinya, Datuk Ong Kim Swee berkata, tumpuan diberikan kepada pendekatan menyelesaikan isu itu yang menjadi antara punca Sabah FC sekadar mencatat keputusan seri tanpa jaringan menentang Penang FC di Likas, Ahad lalu.

Iklan
Iklan

Katanya, fokus kali ini adalah bagaimana pemain dapat memastikan gol dapat dicipta menentang KDN FC sekiranya ingin mencatat kemenangan sekali gus memberi motivasi kepada pasukan.

"Sasaran kita adalah ingin beraksi cemerlang dalam setiap perlawanan apa lagi untuk meraih tiga mata malam esok. Apa yang lebih penting di sini, adalah semua pemain perlu kekal fokus dengan apa juga corak permainan nanti.

Iklan

"Sabah FC menganggap perlawanan malam esok sangat penting untuk mencapai sasaran yang ditetapkan oleh pihak pengurusan sekali gus memastikan pulang dengan satu keputusan yang sangat positif,” katanya.

Mengulas persiapan menentang KDN FC, Kim Swee berkata, sebelum ini Kijang Emas tewas kepada Sri Pahang dengan jumlah jaringan yang kecil dan menjangkakan perlawanan malam esok pasti menjadi satu perlawanan yang cukup sengit.

Iklan

"Keputusan tersebut membuktikan Kelantan bukan lagi seperti pasukan Kelantan yang sudah kita ketahui sebelum ini ataupun pada musim lepas.

"Tugas Sabah FC lebih mencabar, perlawanan malam esok sudah tentu pihak tuan rumah (Kelantan) ingin mempamerkan mutu persembahan yang bertenaga dan sudah pasti akan memberi cabaran besar kepada pemain untuk mendapatkan keputusan positif,” ujar Kim Swee.

Menurutnya, setakat ini tidak ada perbezaan apabila Sabah FC bermain dengan mana-mana pasukan sekali pun kerana setiap perlawanan adalah sama penting serta memberikan fokus sepenuhnya kepada perlawanan.

"Kita akan cuba mendapatkan kemenangan pertama esok, dalam masa sama kita tahu pada saingan awal Liga Super semua pasukan bersiap sedia dengan baik.

"Semua pemain kini bersiap sedia untuk menghadapi perlawanan esok sambil ingin memastikan mereka dapat mencatat kemenangan pertama di tempat lawan sekali gus menyuntik semangat untuk menghadapi perlawanan akan datang,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!