Pengurup wang didakwa bunuh lelaki

Iklan
Seorang pengurup wang didakwa di Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur pada Rabu atas pertuduhan membunuh seorang lelaki dalam satu kejadian pergaduhan di Jalan Telawi, Bangsar, tiga tahun lepas.

KUALA LUMPUR - Seorang pengurup wang didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu atas pertuduhan membunuh seorang lelaki dalam satu kejadian pergaduhan di Jalan Telawi, Bangsar di sini, tiga tahun lepas.

Syed Kamal Syed Mohamad, 28, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Illi Marisqa Khalizan.

Iklan
Iklan

Tiada sebarang pengakuan direkodkan terhadap tertuduh kerana kes bunuh merupakan bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu bersama dengan tiga yang telah dituduh dan satu lagi yang masih bebas didakwa telah membunuh M Sanjeet Kumar, 28, di lorong belakang Affin Bank, Jalan Telawi 3, Bangsar pada 1 pagi, 13 Mac 2021.

Iklan

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hamizah Hisan manakala tertuduh tidak diwakili oleh peguam.

Mahkamah menetapkan 17 Jun depan untuk sebutan semula kes.

Iklan

Pada 13 April tahun lepas, tiga penganggur iaitu G Naresh, 27, K Pravin, 28, dan S Letchumanan, 30, telah didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan membunuh Sanjeet Kumar.

Bernama sebelum ini melaporkan seorang lelaki maut manakala rakannya cedera parah dalam pergaduhan dengan sekumpulan lelaki lain di Jalan Telawi, Bangsar, dipercayai akibat dendam.

Sanjeet Kumar mati ketika dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya manakala rakannya dirawat di Hospital Kuala Lumpur. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!