Pemandu lori ditahan seleweng 1,800 liter diesel

Iklan
Lori yang ditahan kerana membawa muatan minyak diesel disyaki tidak memiliki dokumen atau permit kebenaran daripada KPDN.

TASEK GELUGOR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang menahan seorang lelaki disyaki menyeleweng diesel di sebuah stesen minyak kawasan Tasek Gelugor di sini, pada Selasa.

Pengarahnya, RS Jegan berkata, tangkapan dibuat menerusi OPS Tiris 3.0 selepas pihaknya berjaya mengesan aktiviti pemandu lori terbabit selepas dia kelihatan mencurigakan ketika melakukan pengisian minyak diesel.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pemandu lori kanvas yang membawa muatan minyak diesel disyaki tidak memiliki dokumen atau permit kebenaran daripada KPDN.

"Hasil pemeriksaan dibuat menemui enam unit tangki berkapasiti 1,000 liter yang mengandungi sejumlah anggaran 1,800 liter minyak diesel dan dua set motor pump berserta hos paip.

Iklan

"Lori dan peralatan yang ditemui disita dan nilai rampasan minyak diesel dianggarkan RM3,870 manakala nilai anggaran barang rampasan keseluruhan berjumlah RM23,870," katanya menerusi kenyataan di sini pada Rabu.

Jegan berkata, kes disiasat bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan pihaknya sedang mengenal pasti individu atau syarikat yang terlibat dalam aktiviti atau rantaian pengedaran minyak diesel termasuklah sumber minyak diesel diperolehi dan edaran mana-mana pihak tidak bertanggungjawab.

Iklan

Katanya, jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2 juta bagi kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM5 juta bagi kesalahan kedua untuk sesuatu pertubuhan perbadanan.

Bagi orang perseorangan pula, denda tidak melebihi RM2 juta bagi kesalahan pertama atau penjara tidak melebihi tempoh selama tiga tahun atau kedua-duanya.

Dalam pada itu, Jegan berkata, pihaknya juga sedang giat melakukan pengawasan dan rondaan sekitar Pulau Pinang bagi mengekang ketirisan aktivti penyeludupan barangan kawalan dan bersubsidi.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!