Wanita dakwa dibedah doktor palsu, rugi hampir RM25,000

Iklan
Alice (kanan) membuat aduan kepada MHO meminta klinik serta doktor yang membuat pembedahan ke atasnya dua tahun lalu disiasat susulan didakwa tidak bertauliah.

KUALA LUMPUR - Seorang wanita mendakwa menjadi mangsa doktor palsu selepas menjalani pembedahan payudara di sebuah klinik estetik di ibu kota.

Perkara tersebut didedahkan oleh Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) setelah menerima aduan daripada mangsa, Alice Loo, 33, yang mengalami kerugian hampir RM25,000 selepas menjalani pembedahan terbabit dua tahun lepas.

Iklan
Iklan

Setiausaha MHO, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, Alice terpengaruh dengan iklan ditawarkan klinik berkenaan melalui Facebook yang menyatakan klinik tersebut memiliki lesen sah.

Bagaimanapun katanya, permasalahan mulai timbul selepas pengadu berasa sakit di bahagian dada selepas membuat pembedahan terbabit.

Iklan

"Disebabkan kesakitan yang dialami, pengadu mengesyaki doktor yang telah melakukan pembedahan (payudara) itu tiada tauliah," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, pengadu telah membuat aduan kepada Persatuan Perubatan Malaysia dan mendapati doktor terbabit tidak mempunyai lesen atau kelayakan yang sah.

Iklan

"Selain itu, pengadu juga telah membuat aduan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang kemudiannya meminta pengadu untuk membuat laporan polis agar doktor terbabit disiasat di bawah Seksyen 416 Kanun Keseksaan.

"Pengadu telah pun membuat laporan polis dan dinasihatkan untuk mengambil tindakan sivil terhadap klinik dan doktor terbabit," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!