Mayat wanita terapung tanpa pakaian ada kesan cedera di muka, alat sulit

Iklan
Lokasi mayat wanita ditemukan terapung berdekatan Pekan Lama Sungai Petani.

SUNGAI PETANI – Mayat seorang wanita ditemukan terapung tanpa pakaian di sungai berhampiran Pekan Lama di sini pada Khamis, dikesan mengalami kecederaan pada bahagian muka dan alat sulit.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, kecederaan itu berkemungkinan akibat kesan gigitan haiwan.

Iklan
Iklan

"Kita kenal pasti kecederaan di muka dan alat sulit mungkin akibat dimakan haiwan.

"Setakat ini, identiti mangsa masih belum dapat dikenal pasti," katanya.

Iklan

Mayat wanita terapung dikesan mengalami kecederaan di muka dan alat sulit.

Sebelum ini, media melaporkan, orang ramai yang melalui kawasan berkenaan terkejut selepas melihat mayat manusia dalam keadaan mereput terapung di lokasi kejadian.

Iklan

Menurut Hanyan, polis menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan kejadian itu kira-kira jam 1.30 petang.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai ahli keluarga dilaporkan hilang supaya tampil membantu siasatan polis.

Katanya, setakat ini, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.