Gagal lolos, lelaki disyaki pukul warga asing ditahan
Iklan
Tangkap layar video tular yang memaparkan kejayaan polis menahan kereta suspek.
BUKIT MERTAJAM - Cubaan seorang lelaki meloloskan diri daripada diperiksa polis selepas disyaki memukul seorang lelaki warga asing di Pusat Perniagaan Alma di sini gagal selepas dia berjaya ditahan di Plaza Tol Sungai Nyior pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, dalam kejadian jam 3.30 petang itu, anggota kereta peronda polis (MPV) telah menahan kereta yang dipandu suspek, namun dia bertindak memecut kenderaannya.
Iklan
Iklan
Menurutnya, anggota MPV mengarahkan suspek memberhentikan kenderaannya tetapi tidak diendahkan dan suspek telah melanggar sebuah motosikal di persimpangan jalan Jaya Gading di sini.
"Selepas beberapa buah MPV mengejar suspek, akhirnya lelaki itu berjaya ditahan di Plaza Tol Sungai Nyior di sini tidak lama kemudian.
Iklan
"Hasil pemeriksaan di dalam kereta suspek menemukan satu botol plastik yang telah diubah suai untuk menghidap dadah," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Helmi berkata, suspek kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah untuk siasatan lanjut.
Iklan
Katanya, hasil semakan mendapati suspek berusia 40-an itu mempunyai tiga rekod kesalahan lampau berkaitan dadah manakala ujian saringan air kencing yang dibuat terhadapnya mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine.
"Suspek kini direman dan akan disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.
"Suspek juga disiasat mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya lagi.
Pada Isnin, tular dua klip video berdurasi 32 saat di laman sosial yang memaparkan aksi beberapa kenderaan MPV polis mengejar suspek berhampiran bulatan Seberang Jaya.
Dalam video kedua pula memaparkan kejayaan polis menahan kenderaan berwarna hitam di Plaza Tol Sungai Nyior selepas dikepung MPV polis.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah: Waris gesa siasatan dibuka semula"><meta itemprop="description" content="Waris tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah (DQI) pada 14 September 2017 lalu menggesa pihak berkuasa membuka semula kertas siasatan berhubung kemungkinan pelanggaran undang-undang dan peraturan keselamatan bangunan yang didakwa menyumbang kepada kejadian itu, lapor wartawan Sinar Harian, Muhammad Aminnuraliff Mohd Zoki.
Gesaan itu dibuat selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 10 Februari lalu memutuskan tuntutan sivil berkaitan kecuaian dan ketinggalan pihak-pihak yang terlibat dalam pengurusan serta pemilikan bangunan berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/796974/berita/semasa/tragedi-pusat-tahfiz-darul-quran-ittifaqiyah-waris-gesa-siasatan-dibuka-semula
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #TragediPusatTahfizQuranIttifaqiyah #warisgesasiasatandibukasemula"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-19T07:24:36.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/efgzU1ghZYq1VUK7J/x1080"><meta itemprop="duration" content="P123S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xba1w7y"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xba1w7y"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xba1w7y"></script>